Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pokok peringati 50 tahun jalinan SG, Bangladesh

Feb 17, 2022 | 05:30 AM



BEBERAPA pokok ditanam di Taman Tasik Jurong semalam bagi memperingati ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Singapura dan Bangladesh.



Acara itu dihadiri Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Singapura, Encik Tauhedul Islam, dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Bangladesh, Encik Derek Loh.



Spesies pokok yang ditanam para diplomat itu ialah hopea odorata, yang berasal dari Bangladesh tetapi boleh ditemui di seluruh Asia Tenggara, termasuk Singapura. Antara nama biasanya ialah Chengal Pasir.



Singapura dan Bangladesh menjalin hubungan diplomatik pada 16 Februari 1972.



Dalam satu surat ucapan tahniah kepada Presiden Bangladesh, Encik Mohammad Abdul Hamid, semalam, Presiden Halimah Yacob berkata sebagai salah satu pelabur utama di Bangladesh, Singapura kekal yakin akan potensi ekonomi negara Asia Selatan itu.



Singapura juga menghargai sumbangan masyarakat Bangladesh di sini, termasuk dalam pembangunan negara ini, tambah Puan Halimah.



Republik ini pelabur ketiga terbesar di Bangladesh. Dari 2019 hingga 2020, Singapura melabur sekitar AS$168 juta ($226 juta) di negara itu dalam sektor seperti kuasa dan logistik pelabuhan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >