Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pokok tumbang di Sembawang Park kali terakhir diperiksa pada Mei 2017, didapati sihat: NParks

Dec 21, 2018 | 06:37 PM



DUA pokok yang tumbang di Sembawang Park malam tadi (20 Dis) yang menyebabkan 14 orang cedera kali terakhir diperiksa Mei tahun lalu dan didapati sihat, kata Lembaga Taman Negara (NParks) hari ini.



Pokok itu didapati tumbang akibat angin kencang, berdasarkan arah jatuh dan saiznya yang besar, kata pengarah kumpulan taman NParks, Encik Chuah Hock Seong, dalam satu kenyataan, sambil menambah siasatan sedang diteruskan.



Semalam, dua pokok matang tumbang sekitar 5.30 petang dalam ribut petir yang kuat berserta angin kencang.



Salah satu pokok, setinggi 21 meter, jatuh di atas sebuah tempat berteduh di taman itu, mencederakan sekumpulan pekerja SMRT yang berkumpul bagi satu sambutan Krismas.



Kumpulan 17 rakan itu berlindung di sana selepas hujan turun dengan lebat, dan 14 daripada mereka dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat selepas tempat berteduh itu roboh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >