Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis bekerjasama dengan penganjur elak kesesakan, rempuhan

Nov 29, 2022 | 05:30 AM



POLIS bekerjasama dengan penganjur untuk meneliti keadaan tempat sesebuah acara itu akan diadakan bagi memastikan akan terdapat aliran orang ramai yang baik untuk mengelakkan kejadian rempuhan daripada berlaku.



Demikian dinyatakan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Cik Sun Xueling, di Parlimen semalam ketika menjawab pertanyaan daripada beberapa Anggota Parlimen tentang langkah kawalan orang ramai semasa acara berskala besar bagi mengelakkan kejadian rempuhan.



Keprihatinan itu menyusuli kejadian rempuhan di daerah Itaewon di Seoul, Korea Selatan, pada 29 Oktober lalu yang meragut nyawa lebih 150 orang.



"Banyak soalan yang difailkan adalah mengenai bilangan orang, saiz orang ramai, tetapi saya rasa apa yang turut penting untuk faham adalah ia bukan hanya tentang saiz orang ramai.



"Boleh terdapat keadaan di mana saiz tidak begitu besar, tetapi mereka berada dalam ruang yang sesak dan mungkin tidak ada ruang masuk dan keluar yang sentiasa ada," kata Cik Sun.



"Jadi apabila polis sedar yang terdapat acara yang bakal berlaku apabila mereka mendapat notifikasi tentang permohonan bagi sesebuah acara, polis bekerjasama dengan penganjur acara untuk memahami keadaan kawasan," tambahnya.



Buat masa ini, penganjur acara dikehendaki memberitahu polis tentang acara awam yang dijangka menarik sekurang-kurangnya 5,000 orang atau acara privet yang dijangka menarik sekurang-kurangnya 10,000 orang.



Polis kemudian akan mendampingi penganjur itu tentang langkah bersesuaian untuk dikerahkan bagi keselamatan awam.



Polis juga bekerjasama rapat dengan penganjur acara dan pihak berkepentingan lain tentang rancangan pengurusan orang ramai bagi acara besar seperti Perbarisan Hari Kebangsaan dan perlumbaan malam Formula Satu.



"Rancangan ini mungkin termasuk langkah seperti pemantauan saiz orang ramai, pengerahan pegawai keselamatan, dan pengawalan orang ramai di kawasan berkumpul dan daerah yang boleh menjadi tempat sesak.



"Ini juga boleh termasuk mengepung kawasan yang mempunyai risiko keselamatan awam seperti laluan dan jambatan yang sempit, dan papan tanda untuk memberitahu orang ramai mengenai lencongan dan penutupan jalan raya," kata Cik Sun.



Polis dikerahkan semasa acara besar sedemikian bagi memastikan undang-undang dan ketenteraman, serta untuk memberi tindak balas pantas kepada kejadian, tambahnya.



Polis juga menjalankan rondaan kerap di kawasan di mana orang ramai sering berkumpul seperti di Little India dan Chinatown.



Cik Sun berkata jika polis menilai bahawa terdapat gangguan kepada suasana orang ramai, polis boleh mengeluarkan sumber gangguan itu.



Polis juga boleh menyediakan ruang yang mencukupi untuk orang ramai bersurai atau memberi arahan jelas tentang bagaimana orang ramai boleh keluar daripada kawasan sesak.



Untuk melakukan demikian, pegawai polis boleh menggunakan alat pembesar suara untuk menarik perhatian orang ramai.



Mengenai penggunaan gas pemedih mata, Cik Sun berkata polis hanya akan menggunakan ejen kawalan rusuhan yang termasuk gas pemedih mata dalam keadaan yang sangat tertentu di mana terdapat ancaman bahaya yang serius kepada individu atau harta benda atau risiko gangguan awam yang ketara.



"Saya tidak fikir terdapat insiden baru-baru ini di mana kami menggunakan gas pemedih mata kerana kami akui ia boleh menyebabkan keadaan huru-hara," kata Cik Sun.



"Pengajaran yang telah kita pelajari daripada melihat insiden yang berlaku di luar negara ialah tindakan yang kita ambil perlu berkadar, dan kita perlu berhati-hati dalam cara kita menangani insiden sedemikian," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >