Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis berkas 15 lelaki disyaki terlibat dalam perlumbaan haram

May 28, 2020 | 03:00 PM



POLIS telah menahan 15 penunggang motosikal lelaki, berusia antara 20 dan 30 tahun, kerana disyaki terlibat dalam kes perlumbaan haram dan menunggang secara merbahaya.



Menurut polis dalam kenyataannya hari ini, mereka mendapat laporan pada 25 Mei lalu tentang perlumbaan haram yang dipercayai berlangsung di sepanjang Marina South Drive pada 1.25 pagi, 24 Mei. 



Hasil siasatan dan dengan bantuan gambar dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV), anggota Polis Trafik berjaya mengenalpasti 15 penunggang motosikal dan mula memberkas mereka kelmarin dan semalam. 



Motosikal milik kesemua 15 penunggang motosikal itu juga telah ditahan. 



Polis juga sedang menyiasat mereka kerana melanggar arahan jarak selama di bawah Peraturan Covid-19 (Tindakan Sementara) (Perintah Kawalan) 2020.



Di bawah Akta Jalan Raya, pemandu kenderaan yang didapati mempromosikan atau mengambil bahagian dalam sebarang pertandingan atau percubaan menguji kederasan kenderaan boleh dihukum penjara sehingga 6 bulan dan denda antara $1,000 sehingga $2,000.

 

Bagi pesalah kali kedua dan selanjutnya, mereka boleh berdepan dengan hukuman penjara sehingga 12 bulan dan denda antara $2,000 hingga $3,000. 



Pemandu kenderaan yang disiasat bagi kesalahan ini boleh juga dipertanggungjawabkan atas rampasan kenderaan di bawah Seksyen 117(1) Akta Jalan Raya dan lesen memandu mereka dibatalkan.



Kesalahan menunggang atau memandu secara merbahaya juga membawa hukuman penjara sehingga 12 bulan, dan denda sehingga $5,000, atau kedua-duanya. 



Sekiranya disabit kesalahan sama buat kali kedua atau seterusnya, pesalah boleh dipenjara sehingga 2 tahun, dan di denda sehingga $10,000, atau kedua-duanya sekali.



Polis Trafik tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas terhadapnya pemandu kenderaan yang secara terang-terangan melanggar peraturan lalu lintas menyebabkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >