Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis berkas lelaki curi wang derma di masjid

Jul 17, 2014 | 08:47 PM



SEORANG lelaki berusia 41 tahun telah diberkas kerana disyaki terbabit dalam lima kes pecah masuk dan mencuri di masjid-masjid serata Singapura.


Polis berkata, pihaknya menerima aduan tentang kotak derma sebuah masjid di Victoria Street telah dibuka secara paksa dan derma wang tunai lesap pada 17 Mei lalu.


Empat kes serupa kemudian dilaporkan berlaku dari Mei hingga Julai di masjid-masjid serata pulau.


Dalam kes-kes itu, suspek memecah masuk masjid selepas ia ditutup dan membuka secara paksa kotak-kotak derma.


Para pegawai dari Divisyen Polis Central dan Divisyen Polis Bedok telah menjalankan siasatan ke atas kes-kes tersebut dan berjaya mendapatkan imej-imej suspek yang diambil daripada kamera CCTV yang diletakkan di masjid-masjid itu.


Namun usaha untuk mengenal pasti identiti suspek menjadi satu cabaran walaupun siasatan besar-besaran dan rayuan dibuat untuk mendapatkan maklumat mengenainya.


Bagaimanapun, komitmen dan usaha para pegawai itu terbukti berhasil apabila mereka melakukan pencarian untuk mencari suspek yang ditemui di Geylang Serai.


Dia segera ditangkap sekitar 5.15 petang, semalam.


Suspek dijangka dihadapkan ke Mahkamah esok bagi kesalahan pecak masuk dan mencuri pada waktu malam di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.


Jika didapati bersalah, dia boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun.


Polis akan meminta Mahkamah supaya suspek direman untuk siasatan lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >