Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:30
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis berkas lelaki disyaki terlibat dalam dua kes ragut

Jul 03, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki Indonesia berusia 34 tahun ditangkap pihak polis selepas disyaki terlibat dalam dua kes ragut.



Dalam kes pertama yang berlaku pada 18 Jun lalu, polis menerima panggilan pada 8.40 malam dari seorang gadis yang melaporkan seorang lelaki yang tidak dikenali telah merampas beg tangannya di sekitar Teck Whye Avenue.



Kelmarin, pihak polis menerima panggilan pada 12.04 tengah malam melaporkan seorang lelaki yang tidak dikenali telah merampas telefon bimbit adiknya di sekitar Teck Whye Avenue.



Menerusi siasatan dan bantuan gambar dari pihak polis dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), para pegawai dari Divisyen Polis Jurong, Komand Operasi Polis, Komand Keselamatan Pengangkutan Awam (TransCom) dan Jabatan Siasatan Jenayah (CID) berjaya dapatkan identiti lelaki terbabit dan telah menangkapnya pada hari yang sama.



Lelaki berkenaan telah didakwa di mahkamah semalam kerana meragut di bawah seksyen 356 kanun keseksaan 1871 dan kini dalam tahanan Polis.



Kesnya akan didengar lagi pada 8 Julai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >