Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis berkas pekerja seleweng wang dan curi jam tangan mewah

May 21, 2023 | 09:46 PM



Polis  telah memberkas seorang lelaki berusia 26 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes penyelewengan wang dan mencuri jam tangan mewah bernilai kira-kira $1.6 juta selepas satu laporan polis dibuat pada 20 Mei 2023.


Siasatan mendedahkan antara September 2022 dengan Mei 2023, lelaki itu, seorang jurujual sebuah kedai jam mewah yang terletak di sepanjang Orchard Road, telah menerima sejumlah besar wang daripada mangsa untuk membeli jam tangan mewah.


Selepas menerima bayaran itu, lelaki tersebut didakwa menyeleweng dana tersebut.


Lelaki itu juga didakwa mencuri beberapa jam tangan mewah dari kedai itu dan menggadaikan jam tangan untuk mendapatkan  wang tunai.


Melalui siasatan dan susulan meluas, pegawai polis dari Divisyen Central menemui semula 23 jam tangan mewah berjumlah $900,000.


Lelaki itu dijadual didakwa di mahkamah pada Isnin atas kesalahan pecah amanah jenayah oleh pekerja mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan 1871.


Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun, dan denda.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >