Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis berkas suspek dalam kes bunuh di Teck Whye

Aug 17, 2017 | 05:30 AM



SEBELUM beliau masuk tidur sekitar 10 malam, seorang lelaki yang ingin dikenali sebagai Encik Atan terdengar suara jiran yang tinggal di flat sederet dengannya sedang ketawa dan berborak-borak dengan seseorang, yang dikenalinya sebagai lelaki yang menumpang di rumah jiran tersebut.



Namun, beliau dikejutkan sekitar 4 pagi dengan bunyi kerusi meja terbalik dan suara dua lelaki itu yang seakan-akan sedang bertengkar.



"Saya terus buka pintu rumah dan nampak mereka berlari," kata Encik Atan.



Salah seorang lelaki itu kemudian ditemui terbaring kaku di tepi jalan dekat Blok 165A Teck Whye Crescent dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sekitar 4.55 pagi.



Dalam satu kenyataan semalam, polis berkata pihaknya memberkas seorang suspek berusia 48 tahun berhubung satu kes pembunuhan di Teck Whye Crescent.



Menurut polis, siasatan awal mendedahkan kejadian itu dipercayai berlaku ekoran pertelingkahan antara mangsa dengan suspek.



Berita Harian(BH) difahamkan mangsa ialah Allahyarham Mohammad Roslan Zaini. Beliau tinggal di blok itu dan dipercayai ditikam di dadanya.



"Identiti suspek dipastikan dan dia ditangkap pada hari yang sama pada sekitar 10.15 pagi," kata polis.



Semasa BH berkunjung ke flat mangsa semalam, flat di tingkat empat itu dikunci dengan mangga besar.



Seorang lagi jiran, yang juga tidak mahu namanya didedahkan, berkata beliau mengenali mangsa serta suspek dan kededuanya ialah rakan yang tinggal dalam rumah yang sama.



"Mereka kawan. Yang dibunuh tinggal sendiri dan suspek pula menumpang di rumah mangsa.



"Dia (mangsa) kesian, jadi dia ajak (suspek) tinggal sama. Mangsa sudah lama tinggal di sini tapi rakannya baru tinggal sini beberapa minggu," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >