Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis berkas tujuh orang bagi jenayah komersial, siber

Mangsa kerugian lebih $2.1 juta
Jun 05, 2020 | 09:45 AM



SEPASUKAN anggota polis dari Divisyen Clementi telah memberkas tujuh orang, yang disyaki terlibat dalam pelbagai kes jenayah komersial dan jenayah siber yang menyebabkan mangsa kerugian lebih $2.1 juta.  



Polis dalam kenyataannya hari ini menyatakan, operasi tiga hari itu dijalankan antara 2 hingga 4 Jun lalu dan berjaya menahan lima wanita dan dua lelaki, berumur antara 17 dan 64.



Menurut polis, dua wanita, berusia 26 dan 33 tahun, dipercayai melakukan penyelewengan wang yang diamanahkan kepada mereka oleh syarikat mereka dalam dua kes berasingan. 



Mereka kini sedang disiasat atas kesalahan pecah amanah sebagai pekerja. Jika sabit kesalahan, akan menghadapi hukuman penjara sehingga 15 tahun tahun dan didenda.



Seorang lelaki berusia 42 tahun dan seorang wanita berusia 65 tahun pula sedang disiasat bagi dua kes menipu.



Wanita itu dijangka dihadapkan ke mahkamah hari ini dan sekiranya disabitkan dengan kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan didenda.



Dua wanita dan seorang lelaki, berusia antara 17 dan 25 tahun pula kini disiasat untuk tiga kes berasingan mengenai akses tanpa kebenaran ke bahan komputer. 



Lelaki itu, berusia 22 tahun, juga disiasat kerana menipu.  



Salah seorang wanita yang berusia 25 tahun, akan didakwa di mahkamah hari ini kerana mengakses secara tidak sah ke bahan komputer. 



Sekiranya disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer, pesalah boleh didenda tidak melebihi $5,000, atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun, atau kedua-duanya.



Pegawai Pemerintah Polis bagi Divisyen Clementi, Penolong Pesuruhjaya Polis Jarrod Pereira berkata: “Polis memandang serius terhadap mana-mana orang terlibat dalam penipuan dan dan pelaku akan ditangani sesuai dengan tindakan undang-undang."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >