Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis dipanggil kawal pelanggan kedai pakaian sekolah

Dec 30, 2020 | 05:30 AM



POLIS terpaksa dipanggil untuk mengawal ketenteraman awam mengurangkan bilangan orang yang berkumpul di luar kedai menjual pakaian seragam sekolah di Ang Mo Kio semalam.



Kebanyakan orang yang berkumpul itu berada di sana untuk membeli pakaian seragam sekolah bagi anak-anak mereka sebelum sekolah dibuka minggu depan.



Kebanyakan orang yang berhimpun di luar Jeep Sing Fashion itu berada di sana sekitar 8 pagi, dua jam sebelum kedai itu dibuka, untuk mendapatkan tiket beratur.



Sekitar 10 pagi, lebih 100 orang telah beratur untuk memasuki kedai yang terletak di estet perusahaan di Blok 4012 Ang Mo Kio Avenue 10 itu, dengan sebahagiannya tidak mengendahkan langkah jarak selamat satu meter yang ditetapkan, menurut laporan The Straits Times (ST).



Menyusul itu, enam pegawai polis dilihat berada di luar kedai tersebut, untuk menggesa orang yang sedang beratur untuk berdiri sekurang-kurangnya satu meter daripada satu sama lain dan untuk menggalak sebahagian daripada mereka untuk beredar.



Sekitar 70 orang yang mempunyai tiket untuk beratur dibenar terus menanti giliran memasuki kedai.



Menulis di laman webnya, kedai itu menasihatkan pelanggan supaya tidak ke kedainya itu semalam, kerana semua tiket untuk beratur telah dikeluarkan.



Encik Shio Kumar, 46 tahun yang bekerja dalam industri kelautan berkata beliau menanti dua jam sebelum dibenar memasuki kedai dan membeli pakaian seragam tajaka bagi anak perempuannya yang berusia tiga tahun.



Sekolah dibuka semula pada 4 Januari nanti.



Menurut Encik Shio, beliau telah menanti tiga jam kelmarin, tetapi diberitahu supaya pulang dan kembali pada hari yang lain kerana bilangan orang menunggu yang terlalu ramai.



Cik Sharon Yee, 33 tahun berkata beliau gagal mendapatkan tiket beratur untuk membeli pakaian seragam bagi anak lelakinya yang akan memulakan sekolah menengah tahun depan meskipun berada di kedai itu pada 8.30 pagi.



"Anak lelaki saya tidak boleh memakai pakaian seragam sekolah rendah untuk beberapa hari pertama di sekolah menengah kerana ia terlalu kecil.



"Dia juga mungkin berasa malu jika tidak mempunyai pakaian seragam sekolah menengah, terutama apabila rakan-rakannya yang lain mempunyai pakaian seragam baru masing-masing," kata beliau, yang bertugas di sektor awam.



Cik Yee meninggalkan kedai itu tanpa membeli pakaian seragam pada sekitar 10 pagi.



Jeep Sing Fashion enggan mengulas lebih lanjut apabila dihubungi ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >