POLIS telah memperkenal teknologi baru dalam Seminar Pelan Kerja Pasukan Polis Singapura (SPF) di Universiti Teknologi dan Rekaan Singapura (SUTD) semalam.
Teknologi baru itu bukan sahaja bertujuan meningkatkan keupayaan pegawai barisan depan dan memperkukuh pendekatan masyarakat, malah memperbaiki latihan dan mempermudah proses kerja.