Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis nafi dakwaan dalam talian pegawai berkelakuan kasar dengan wanita di AMK Hub

Dec 23, 2021 | 11:30 PM



DAKWAAN dalam satu kiriman media sosial bahawa pegawai polis telah berkelakuan kasar dengan seorang wanita berusia 55 tahun di AMK Hub pada Rabu (22 Dis) adalah tidak benar, kata polis.


Dalam satu kenyataan pada Khamis, polis berkata pegawainya telah dikerah ekoran satu kejadian pada 9.19 pagi pada Rabu di mana seorang wanita telah berulang kali enggan memakai pelitup di tempat awam.


Apabila pegawai tiba, mereka dimaklumkan wanita itu enggan memakai pelitup ketika berada di pasar raya walaupun diberitahu berulang kali oleh kakitangan.


Wanita itu juga didakwa menjerit ketika berada di dalam pasar raya.


Selepas itu, pegawai ternampak wanita itu di pusat pertukaran bas Ang Mo Kio dan menasihatinya supaya memakai pelitup.


Walaupun pegawai tetap menasihatinya supaya memakai pelitup, wanita itu enggan mematuhinya, dan enggan menerima pelitup yang mereka tawarkan kepadanya, kata polis.


Beliau juga bercakap dengan mereka dengan cara yang kasar, menjerit dengan kuat, dan cuba berjalan pergi, tambah mereka.


Pegawai bercakap dengan wanita itu selama lebih 15 minit sebelum menahannya kerana kelakuannya boleh membahayakan dirinya dan kesihatan awam, kata polis.


Wanita itu menentang penahanan dan kelihatan mahu duduk, dan pegawai menyokongnya ke lantai, tambah polis.


Beliau kemudiannya dirujuk ke Institut Kesihatan Mental untuk penilaian.


Dalam video yang disiarkan di Instagram, wanita itu kedengaran berkata "Seseorang tolong saya" berulang kali sambil dikelilingi oleh empat pegawai polis. Salah seorang daripada mereka menjawab, "Kami di sini untuk membantu anda".


Video itu kelihatan seperti dirakam di pusat pertukaran bas Ang Mo Kio.


Pada Khamis, polis berkata mereka memandang serius dakwaan berniat jahat dan palsu dan sedang meneliti peredaran kepalsuan itu.


Polis menggesa orang ramai agar bertanggungjawab apabila menyiarkan atau berkongsi sebarang maklumat dalam talian, dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih atau memberi gambaran salah tentang sebarang kejadian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >