Polis telah menangkap 26 orang dan merampas wang tunai $8,450 berhubung kegiatan perjudian haram dalam operasi lima hari.
Operasi itu dilakukan di Everton Park, Geylang Bahru, Temple Street dan Jalan Besar, kata polis dalam kenyataannya pada Rabu (13 Mei).
Enam belas lelaki dan 10 wanita berusia antara 43 tahun dengan 82 tahun ditangkap atas kesalahan di bawah Akta Rumah Judi dan Akta Pertaruhan
Polis juga menyiasat mereka bagi kesalahan melanggar langkah jarak selamat di bawah Peraturan Covid-19 (Langkah Sementara, Perintah Kawalan) 2020.
Sesiapa yang sabit kesalahan berhubung kait dengan tempat yang dijadikan tempat perjudian boleh didenda antara $5,000 dengan $50,000, dan dipenjarakan sehingga tiga tahun.
Sesiapa yang didapati bersalah menjadi dalang judi boleh didenda antara $20,000 dengan $200,000 dan dipenjara sehingga lima tahun.