Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis siasat 325 suspek didakwa terlibat dengan penipuan

Aug 19, 2022 | 06:06 PM



POLIS sedang menyiasat 226 lelaki dan 99 wanita yang disyaki terlibat dalam penipuan yang menyebabkan mangsanya kehilangan lebih $8.9 juta.



Menurut polis hari ini (19 Ogos), suspek ini mungkin merupakan penipu atau keldai wang yang terlibat dalam 943 kes penipuan termasuk penipuan cinta Internet, penipuan melibatkan mereka yang menyamar sebagai pegawai pemerintah dan pegawai rasmi dari China, penipuan e-dagang dan penipuan pekerjaan.



Suspek itu berusia antara 16 dengan 73 tahun dan dikenal pasti menyusuli satu operasi polis selama dua minggu dari 5 hingga 18 Ogos.



Mereka kini disiasat kerana didakwa menipu, memindahkan wang secara terlarang atau menyediakan khidmat bayaran tanpa lesen.



Mereka yang didapati bersalah menipu boleh dipenjara hingga 10 tahun dan didenda.

Mereka yang didapati bersalah memindahkan wang secara terlarang pula boleh dipenjara hingga 10 tahun, didenda hingga $500,000 atau kedua-duanya sekali.



Sementara itu, mereka yang didapati bersalah mengendali perusahaan untuk menyediakan khidmat bayaran tanpa lesen boleh didenda hingga $125,000, dipenjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >