Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis siasat lelaki dan wanita disyaki terlibat dalam kes penipuan

Apr 30, 2020 | 06:25 PM

POLIS sedang menyiasat seorang lelaki berusia 24 tahun dan seorang wanita berusia 22 tahun kerana disyaki terlibat dalam penipuan Menyamar sebagai Pegawai China.


Dalam satu kenyataan hari ini, polis berkata ia dimaklumkan tentang kes itu pada 21 April lalu.


Sekitar dua minggu sebelum itu, mangsa menerima panggilan daripada seorang lelaki tidak dikenali yang mengaku dirinya sebagai 'pegawai' dari pihak berkuasa China dan mendakwa mangsa terlibat dalam penipuan transnasional.


Pemanggil itu berkata dia akan menghantar seorang 'ejen' untuk menyerahkan dokumen rasmi kepada mangsa.


Pada 12 April, seorang lelaki mengunjungi mangsa dekat kediamannya untuk menyerahkan 'waran tangkap' kononnya dari China, dengan nama mangsa di waran itu.


Mangsa menjadi risau dan memutuskan untuk mematuhi arahan 'pegawai' yang menghubunginya itu.


Pada 20 April, mangsa diarahkan mengeluarkan $20,000 dan menyerahkannya kepada seorang wanita yang 'pegawai' itu hantar untuk menemuinya.


Mangsa berasa curiga selepas itu dan membuat laporan polis.


Menyusuli siasatan yang dijalankan, identiti lelaki dan wanita yang menemui mangsa berjaya ditentukan dan jumlah $20,000 itu berjaya didapatkan kembali.


Siasatan awal menunjukkan lelaki dan wanita itu telah menerima panggilan serupa daripada penipu yang mendakwa mereka dari pihak berkuasa China dan diarahkan bertindak bagi pihak mereka.


Kedua-dua lelaki dan wanita itu juga merupakan mangsa penipuan Menyamar sebagai Pegawai China.


Siasatan polis sedang diteruskan. 

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >