Polis siasat suspek belia kes bakar sofa Pasir Ris
May 27, 2019 | 05:30 AM
POLIS kini menyiasat seorang remaja berusia 15 tahun yang dipercayai membakar sofa ditinggalkan di lobi lif blok HDB Pasir Ris.
Dalam kenyataan semalam, polis berkata remaja lelaki itu disyaki terlibat dalam kes melakukan perbuatan nakal menggunakan api.