POLIS telah mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap perbuatan jenayah di Bazar Hari Raya Geylang Serai.
Ia juga memberi amaran agar tidak meletupkan 'bahan letupan diubahsuai' yang diperbuat daripada bunga api semasa musim perayaan Hari Raya.
Polis berkata, pihaknya "mengambil serius orang-orang yang meletupkan bahan letupan diubahsuai itu yang dihasilkan menggunakan bunga api".
Bahan-bahan tersebut boleh menyebabkan kebakaran dan kecederaan kepada orang ramai selain boleh memusnahkan harta benda, kata polis.
Oleh kerana, bazar Geylang Serai dijangka sibuk sehingga 5 Julai ini, polis telah meminta para pengunjung supaya melindungi barangan peribadi mereka dan menjaga diri supaya tidak dicabul.