PELAJAR dan kakitangan Politeknik Ngee Ann (NP) digalak tidak makan satu waktu makan dan mendermakan wang yang tidak digunakan itu bagi membantu golongan memerlukan.
Usaha itu diharap dapat mengumpul $50,000 bagi Dana Bantuan Pelajar NP dan Touch Community Services, yang mengendalikan program Meals-on-Wheels, di mana relawan mengirim makanan kepada warga emas yang tinggal sendirian dan tidak dapat menjaga makan minum mereka sendiri setiap hari.