BERITA KAMPUS
Politeknik Republic dan Samsung bangun makmal Android yang baru
May 31, 2016 | 05:30 AM
POLITEKNIK Republic (RP) dan Samsung baru-baru ini menganjurkan latihan dan pembangunan makmal Android yang baru bagi memupuk pereka sofwe dengan kemahiran membangunkan sofwe Android demi mengembangkan idea mereka.
Makmal Bergerak RP-Samsung, yang pertama dalam kalangan institusi pengajian tinggi di Singapura, bertujuan mendekatkan pembelajaran di dalam bilik darjah dan aplikasi dunia sebenar.