Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Politeknik Singapura lancar program diploma baru dalam media, seni dan rekaan

Jun 10, 2020 | 01:15 PM



SATU program diploma baru dalam media, seni dan reka bentuk (DMAD) telah dilancarkan di Politeknik Singapura (SP) bagi melahirkan lulusan untuk sektor kreatif yang berkemahiran bukan dalam satu tetapi berbilang disiplin.


Program diploma itu dibentuk setelah SP melakar semula kurikulum Sekolah Media, Seni dan Reka Bentuk (MAD).


Sekolah MAD telah memperkemas semua diploma sedia adanya untuk menghasilkan kursus DMAD baru dengan lapan pengkhususan, yang paling banyak bagi sebuah program diploma di Singapura.


Pengkhususan itu termasuk seni permainan dan animasi, penciptaan cerita dan kandungan, penghasilan muzik serta komunikasi pemasaran bersepadu.


Menurut SP dalam kenyataannya, kemahiran dan sifat yang dijangkakan dalam karyawan Seni, Desain dan Media (ADM) di masa akan datang cepat berubah, dan terdapat kecenderungan meningkat bagi lulusan yang boleh bekerja dengan pasukan berbilang disiplin untuk menanganani cabaran melebihi disiplin teras mereka.


Dengan kursus DMAD yang luas, lulusan dapat menjangkakan peluang kerjaya yang pelbagai seperti pereka, pendidik drama, pembangun permainan, pengeluar kandungan, wartawan, juruanimasi dan sebagainya.


Selain itu, lulusan DMAD boleh mendapatkan artikulasi ke program ijazah dengan universiti dan institusi pendidikan tempatan dan luar negara. Mereka juga dapat memperoleh pengecualian modul jika mereka mengikuti kursus pendidikan dan latihan berterusan (CET) relevan yang ditawarkan oleh SP dan institusi pendidikan lain.


Pengetua dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SP, Encik Soh Wai Wah, berkata: "Penggabungan lapan diploma menjadi satu adalah satu langkah berani bagi politeknik kami, dalam usaha kami untuk membangunkan kumpulan bakat bagi industri seni, desain dan media yang cekap dan dicari-cari."


"Prospek masa depan lulusan daripada diploma baru ini cerah. Mereka akan menjadi generasi baru karyawan berbentuk kunci yang tahan lasak dan serba boleh dalam pelbagai disiplin, memiliki kemahiran dan ciri yang akan menempatkan mereka dengan baik dalam kerjaya kreatif mereka dalam lanskap perniagaan yang berkembang yang disulitkan oleh ketidakstabilan dan gangguan berterusan."



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >