Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

GAYA HIDUP

Populariti Nurul Aini jangkaui kaum, bahasa

Artis serba berbakat ini giat imbangi tanggungjawab sebagai ibu, isteri dan kerjaya
Jul 17, 2020 | 05:30 AM



Wanita ibarat 'superwoman'. Mereka mengimbangi peranan sebagai isteri, ibu, anak, selain berkerjaya dan menyumbang secara aktif kepada ekonomi keluarga. Dalam ruangan baru ini, kami paparkan kisah-kisah wanita sedemikian, mencerminkan aspirasi, harapan dan impian mereka, di samping menyampaikan trend dan panduan berguna untuk wanita yang mementingkan segalanya - keluarga, kerjaya dan kehidupan. 




BELIAU merupakan segelintir pelakon setempat yang bukan hanya selesa berdwibahasa - Melayu dan Inggeris - malah boleh juga bertutur dalam bahasa Mandarin.



Lantaran itulah, populariti Nurul Aini Abdul Rahim menjangkaui kaum dan bahasa.



Sejak menularnya pandemik Covid-19, Nurul seperti anak-anak seni seperjuangannya, telah melihat beberapa projek mereka ditangguh atau dibatal.



Bagaimanapun, ibu kepada tiga orang anak itu - Shan Ehan, 10 tahun; Shaista Eman, lapan tahun; dan Shania Eva yang baru dilahirkan tahun lepas - telah meneruskan aktivitinya mendekati peminat menerusi media sosial, khususnya akaun Instagramnya di @aanurul.



Nurul, 38 tahun, memulakan kerjayanya dalam bidang seni setelah muncul sebagai pemenang tempat ketiga dalam pertandingan adu bakat, Juara, anjuran stesen televisyen Melayu setempat, Suria.



Sejak itu, beliau telah memperkukuh namanya sebagai seorang artis mapan setempat merentasi saluran bahasa.



Selain membintangi pelbagai program variasi, drama dan filem berbahasa Melayu di Suria, Nurul juga telah tampil dalam drama-drama Inggeris dan Mandarin di Saluran 5 dan Saluran 8.



Antaranya termasuk Lion Mums, Love Is Love: Sunshine dan Love Concierge.



Di samping itu, Nurul juga pernah berjinak-jinak dengan dunia keusahawanan menerusi perniagaan fesyen dalam talian, Studiofrost dan restoran, Studio Cafe SG.



Meskipun akur keadaannya mencabar bagi sebahagian rakan-rakan artis akibat projek dan penggambaran yang terpaksa ditangguh gara-gara Covid-19, Nurul berkata beliau beruntung kerana baru melahirkan dan sedang berehat daripada menerima tawaran kerja.



"Sebaliknya, saya buat beberapa IG Live dengan bercakap kepada mereka yang terjejas oleh Covid-19 seperti mereka yang berada di barisan hadapan, pemilik pernigaan dari rumah (HBB) dan bersembang dengan pesakit Covid-19.



"Di samping itu, saya juga gunakan wadah ini untuk berkongsi bagaimana kita boleh membantu golongan memerlukan dalam masa-masa mencabar ini.



"Saya juga melakukan beberapa video bersama keluarga, menggunakan TikTok, hanya untuk suka-suka," ujarnya.



Nurul memikul tanggungjawab ini dengan serius, lebih-lebih lagi sebagai ibu kepada anak-anaknya.



"Hari ini, kita semua beruntung mempunyai akses kepada pendidikan tanpa mengira bangsa dan agama. Ini telah membolehkan wanita Melayu berkembang maju... menjadikan kita lebih berpendidikan, berkemahiran dan berupaya menyumbang.



"Melebihi itu, kita mempunyai ramai wanita Melayu berkedudukan tinggi yang menjadi model contoh, seperti Presiden kita, Puan Halimah Yacob.



"Ini mencerminkan peluang yang terbuka bagi wanita-wanita Melayu hari ini," kata beliau lagi.



Sementara itu, Nurul berkata beliau beruntung kerana mempunyai suami yang menyokong kerjayanya. Suami beliau, Encik Sofian Roslan, yang dinikahinya pada 2008, ialah seorang ejen hartanah. Beliau juga menghargai sokongan yang diberikan pembantu rumahnya.



Dengan sokongan suami dan anggota keluarganya yang lain, beliau telah dapat mengimbangi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu serta kerjayanya dengan baik.



"Sejujurnya, saya tidak akan dapat melakukan apa yang saya lakukan ini tanpa mereka. Saya juga banyak bekerja dari rumah dan saya merancang masa saya dengan baik.



"Saya banyak menghasilkan kandungan di media sosial dan ada projek yang mengambil banyak masa saya kerana saya perlu merancang skrip dan melakukan rakaman sendiri.



"Tapi saya pastikan saya hanya bekerja tiga hingga empat jam sehari supaya saya dapat menghabiskan masa dengan anak-anak," ujarnya.



Ditanya mengenai mesej yang ingin beliau sampaikan kepada wanita di luar sana, Nurul berkata:



"Untuk tidak pernah bimbang atau takut untuk bersuara, jangan sesekali takut anda tidak dapat mencapai impian. Usah rasa diri ini kecil dan kurang daripada kaum lelaki kerana wanita itu ada kekuatan tersendiri."




WANITA HARI INI DAPAT SAMA DAKI TANGGA KEJAYAAN



Hari ini, kita semua beruntung mempunyai akses kepada pendidikan tanpa mengira bangsa dan agama. Ini telah membolehkan wanita Melayu berkembang maju... menjadikan kita lebih berpendidikan, berkemahiran dan berupaya menyumbang. Melebihi itu, kita mempunyai ramai wanita Melayu berkedudukan tinggi yang menjadi model contoh, seperti Presiden kita, Puan Halimah Yacob. Ini mencerminkan peluang yang terbuka bagi wanita-wanita Melayu hari ini.
- Nurul Aini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >