Portal dalam talian bagi aplikasi permit dron
Jun 04, 2015 | 05:30 AM
PENGUASA Penerbangan Awam Singapura (CAAS) telah melancarkan portal sehenti dalam talian untuk pengendali pesawat tanpa pemandu - juga dikenali sebagai dron - memohon permit yang diperlukan.
Langkah tesebut diambil selepas Parlimen meluluskan Rang Undang-undang Pesawat Tanpa Pemandu (Keselamatan Awam dan Keselamatan) bulan lalu, yang memperkenalkan undang-undang baru yang mengawal selia penggunaan dron bermula bulan ini.