Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Portal kemasukan langsung ke sekolah baru akan dilancarkan

Nov 08, 2018 | 05:34 PM



BAGI menggalak pelajar mengembangkan bakat mereka dalam pelbagai bidang dan membuka lebih banyak laluan bagi mereka memupuk potensi mereka, Kementerian Pendidikan (MOE) memperkenalkan lebih banyak perubahan kepada skim Kemasukan Langsung ke Sekolah (DSA) dan sistem pemarkahan kemasukan universiti.



Mulai tahun depan, semua sekolah yang menawarkan tempat di menengah satu menerusi DSA akan menggunakan portal dalam talian berpusat, yang bermakna pelajar hanya perlu mengisi satu borang dalam talian untuk memohon ke beberapa sekolah.



Permohonan melalui portal itu percuma, bagi menghapuskan halangan kewangan mana-mana pelajar dan untuk menggalak pelajar, tanpa mengira latar belakang, agar memohon tempat di bawah skim ini.



Bagi perubahan kepada sistem pemarkahan kemasukan universiti, yang akan berkuatkuasa pada 2020, Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) tidak lagi akan mengambil kira pemberatan 20 peratus yang diberikan kepada keputusan GCE peringkat ‘O’ bagi pemohon lulusan politeknik.



Lulusan politeknik akan dinilai berdasarkan Gred Purata Mata (GPA) politeknik mereka, yang MOE kata memberi gambaran lebih baik dan lebih terkini tentang pengetahuan dan kemahiran yang telah mereka raih sepanjang pengajian politeknik mereka.



Pelajar bagaimanapun boleh terus menghantar keputusan peperiksaan peringkat ‘O’ mereka yang berkaitan dengan kursus pengajian sebagai maklumat tambahan untuk menyokong permohonan mereka.



Empat universiti lain - Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD),  Institut Teknologi Singapura (SIT) dan Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS) - mempertimbangkan faktor seperti GPA politeknik, ujian bakat dan prestasi temuduga dalam menilai pemohon, dan mengambil kira keputusan peperiksaan peringkat 'O' hanya jika relevan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >