Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PPIS tawar rumah peralihan dan ruang wanita sempena ulang tahun ke-70

Mar 20, 2022 | 05:30 AM



TAHUN ini, sempena ulang tahun Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) yang ke-70, pelbagai program dan acara akan dilaksanakan, dedah Presiden PPIS, Cik Hazlina Abdul Halim, semasa satu acara persatuan itu, semalam.



Menurutnya pada separuh kedua tahun ini, khidmat PPIS akan diperluas dan akan termasuk rumah peralihan wanita serta Ruang Wanita - sebuah khidmat sokongan sehenti dalam beberapa bidang utama seperti nasihat kerjaya dan undang-undang serta kesejahteraan mental dan fizikal.



Semasa acara yang dijalankan dalam talian itu sempena Hari Wanita Antarabangsa, Cik Hazlina telah mendedahkan logo ulang tahun PPIS yang ke-70 selain tema 'Raikan Wanita Berdaya Tahan Sepanjang 70 Tahun'.



"Tahun 2022 merupakan tahun yang luar biasa sedang PPIS meraikan 70 tahun yang indah, memberikan inspirasi kepada wanita dan memperkukuh keluarga.



"PPIS juga seperti wanita yang kami tawarkan khidmat, telah melalui perjalanan yang panjang sejak 22 pengasas wanita bersatu untuk mempertingkat dan memperjuang hak wanita yang mudah terjejas," kata Cik Hazlina.



Logo ulang tahun ke-70 PPIS (gambar sisipan) melambangkan kesinambungan perjuangan wanita untuk capai impian dan kejayaan sejak 70 tahun lalu dan akan berterusan di masa depan.



Warna jingga yang merupakan inspirasi dari logo korporat PPIS mewujudkan semangat untuk terus mara ke puncak jaya kerana wanita adalah tunggak keluarga dan masyarakat.



Cik Hazlina menambah, pengasas PPIS adalah kaum wanita yang merupakan pelopor pada zaman mereka selain memecahkan stereotaip, prejudis serta halangan lain demi mencapai impian dan aspirasi mereka.



"Meski terdapat halangan, mereka terus bertahan dan merintis jalan bagi generasi wanita masa depan.



"Pengasas PPIS bangkit dengan menaikkan semangat wanita lain dan ini merupakan satu legasi yang perlu kita beri penghormatan," tambahnya.



Laporan lanjut: PPIS lancar dapatan kajian aspirasi wanita Muslim SG




"PPIS juga seperti wanita yang kami tawarkan khidmat, telah melalui perjalanan yang panjang sejak 22 pengasas wanita bersatu untuk mempertingkat dan memperjuang hak wanita yang mudah terjejas."
- Presiden PPIS, Cik Hazlina Abdul Halim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >