Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pra-sekolah PCF terbesar dibuka, sebanyak 38 Pusat Tahun-Tahun Awal PCF dijangka wujud pada 2021

Apr 20, 2019 | 02:19 PM



DALAM tempoh sekarang hingga 2021, pengendali pra-sekolah terbesar di sini PCF Sparkletots akan mengendalikan 38 pusat yang menempatkan kanak-kanak kecil hingga usia empat tahun. 



Pusat Tahun-Tahun Awal ini, yang diumumkan pada 2017, merupakan sebahagian daripada usaha pemerintah untuk mempertingkat piawai pra-sekolah untuk tahun-tahun awal kanak-kanak dan memenuhi keperluan bagi tempat penjagaan kanak-kanak sepenuh masa. 



Di bawah skim ini, kanak-kanak Nursery 2 warga Singapura dan penduduk tetap dalam pusat-pusat ini akan mendapat tempat dalam tadika kendalian Kementerian Pendidikan (MOE) berdekatan. 



Semasa pembukaan rasmi Pusat Tahun-Tahun Awal PCF Sparkletots yang pertama dan terbesar, dengan ruang untuk seramai 1,000 kanak, di Punggol North hari ini, Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean berkata beliau gembira melihat pengendali pra-sekolah itu memperluaskan khidmatnya dalam sektor pendidikan awal kanak-kanak. 



“Pra-sekolah yang baik seperti PCF Sparkletots bukan hanya menawarkan sokongan yang baik untuk ibu bapa yang bekerja, tapi ia juga boleh memberikan kanak-kanak permulaan dan asas yang baik bagi pembelajaran sepanjang hayat.” 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >