Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah adakan lawatan negara ke Kuwait dan Arab Saudi 3-8 November

Nov 02, 2019 | 06:01 PM



PRESIDEN Halimah Yacob akan mengadakan lawatan negara ke Kuwait dan Arab Saudi selama enam hari bermula esok (3 Nov). 



Ini adalah lawatan negara pertama yang diadakan Singapura ke Saudi, dan yang kedua ke Kuwait. 



Ia juga adalah kunjungan sulung Puan Halimah ke Timur Tengah sebagai presiden dan menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya, bertujuan menggariskan hubungan jangka panjang mesra antara Singapura dengan Kuwait dan Saudi.



Puan Halimah, yang diiringi suaminya Encik Mohamed Abdullah Alhabshee berada di Kuwait City dari 3 hingga 4 November atas undangan Amir Kuwait Sheikh Sabah Al Ahmad Al Jaber Al Sabah. 





Di sana, Puan Halimah dijadual mengunjungi Sheikh Sabah di Istana Bayan dan menghadiri jamuan tengah hari yang diadakan oleh Amir Kuwait itu. 



Puan Halimah, di Istana Bayan, juga dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Kuwait Sheikh Jaber Al Mubarak Al Hamad Al Sabah dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Ehwal Luar Kuwait Sheikh Sabah Khalid Al Hamad Al Sabah.



Mengakhiri kunjungannya ke Kuwait, Puan Halimah akan bertemu pelajar Singapura yang sedang menuntut di Sekolah Tinggi Al Mahad Al Dini dan mengunjungi Pusat Budaya Sheikh Abdullah Al Salem. 



Di Saudi pula, Puan Halimah dijadual mengunjungi Jeddah, Riyadh, Makkah dan Madina dari 4 hingga 8 November. 



Beliau berada di sana atas undangan Raja Salman Abdulaziz Al Saud yang akan mengadakan jamuan khas bagi beliau. 



Secara berasingan, Puan Halimah juga akan mengadakan pertemuan dengan Tengku Mahkota dan Timbalan Perdana Menteri Saudi Putera Mohammad Salman dan beberapa pegawai kanan kerajaan Saudi. 



Puan Halimah juga akan menghadiri jamuan dengan warga Singapura yang kini berada di Saudi, termasuk pelajar dan kumpulan peniaga yang berpangkalan di sana. 



Menyusuli pertemuan itu, Puan Halimah akan mengunjungi beberapa tempat bersejarah di Saudi seperti Masjid Nabawi dan Muzium Kereta Api Hejaz di Madinah, serta Masjidil Haram di Makkah. 



Turut menyertai rombongan Singapura ke Timur Tengah ialah Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad. juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air. 



Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan) Dr Koh Poh Koon dan Anggota Parlimen (AP) Cik Foo Mee Har dan Cik Joan Pereira juga menyertai rombongan ini. 



Rombongan gabungan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) dan Enterprise Singapore juga akan menyertai kunjungan ke Saudi.



Encik Eddie Teo, pengerusi Majlis Penasihat Presiden akan menjalankan tugas bagi pihak Pejabat Presiden semasa Puan Halimah berada di Timur Tengah. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >