Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah dibawa tinjau inisiatif digital Sekolah Menengah Pasir Ris

Jan 25, 2022 | 09:38 PM



APABILA pelajar muzik, Nuri Faiqah Mohamed Faizal, 15 tahun, perlu memainkan lagu Hari Kebangsaan bagi projek di Sekolah Menengah Pasir Ris, dia dan beberapa temannya menuju ke sudut kesejahteraan di perpustakaan sekolah untuk berlatih bermain kalimba, sejenis piano jari-jemari Afrika.



Dengan alat pembelajaran peribadi Chromebook, dia mencari lembaran muzik bagi lagu ini dan merakam persembahannya serta mengadunnya dengan menggunakan sofwe dal komputernya.



Sudut kesejahteraan, selain menjadi ruang di mana pelajar boleh bermain alat muzik juga adalah ruang di mana pelajar boleh kunjungi sewaktu masa rehat untuk mendengar muzik di iPad yang dilengkapi langganan premium pada platform penstriman muzik Spotify. Beberapa pelajar juga meninjau tutorial bimbingan muzik di YouTube.



Ini adalah sebahagian usaha Sekolah Menengah Pasir Ris membangun pembelajaran arah diri bagi muzik sebagai sebahagian inisiatif teknologi di bawah Program Kecelikan Digital Nasional (NDLP).



NDLP dilancarkan bagi semua sekolah menengah oleh Kementerian Pendidikan (MOE) pada Mac 2020 untuk membantu pelajar memperkukuh kecelikan digitalnya.



Sebelum ini, Sekolah Menengah Pasir Ris adalah salah sebuah daripada lapan sekolah perintis pada 2019 yang menyertai Projek Perintis Pembelajaran 1:1 kendalian MOE di mana pelajar belajar dalam sekitaran pengkomputeran 1:1.



Pada Selasa (25 Januari), Presiden Halimah Yacob mengunjungi sekolah itu dan dibawa menjelajah ke beberapa stesen berbeza di perpustakaan sedang guru dan pelajarnya berkongsi lebih tentang inisiatif NDLP dan program kesejahteraan siber.



Ketika ditemui media, Puan Halimah akur pada usaha Sekolah Menengah Pasir Ris membantu pelajarnya membangun diri sebanyak mana yang boleh bersandarkan platform digital dan dalam cara lain seperti sokongan rakan sebaya.



Katanya: "Saya gembira dengan adanya dasar yang baik untuk menyokong pelajar dalam perjalanan pencelikan digital mereka dan dilaksanakan oleh pengetua dan guru yang benar-benar memiliki nyala rasa dan berdedikasi. Kami melihat tercetus perubahan pada pendidikan anak muda kita."



Sebagai salah satu inisiatif NDLP, Sekolah Menengah Pasir Ris juga melaksanakan  pembelajaran berpangkalan dari rumah dua minggu sekali di mana pelajar menghadiri kelas untuk empat jam pada awal pagi dan diberi slot sejam pada tengah hari untuk meneruskan cabang minat mereka yang lain seperti mempelajari bahasa lain atau bermain alat muzik.



Pelajar mencari sumber mereka dalam talian pada laman seperti YouTube atau Google atau bekerja bersama orang dewasa yang berpengetahuan dalam bidang itu dan kemudian mengisi log refleksi yang membenarkan guru mengawasi kemajuan mereka.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >