Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAWATAN PERDANA MENTERI ANWAR IBRAHIM KE SINGAPURA

Presiden Halimah: Dua negara jiran harus bekerja lebih rapat

Jan 31, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Malaysia jelas menikmati hubungan yang rapat dan kukuh, dengan kerjasama erat dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi.



Meskipun dalam keadaan ekonomi yang mencabar, Presiden Halimah Yacob berkata kedua-dua negara harus bekerja lebih rapat.



Beliau berkata demikian menerusi laman Facebook beliau selepas bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Istana Semalam.



Datuk Anwar telah berkunjung ke Singapura semalam, lawatan rasmi pertamanya ke Singapura sebagai Perdana Menteri Malaysia.



Semasa pertemuan mereka, Puan Halimah berkata mereka mengesahkan lagi kerjasama rapat antara Singapura dengan Malaysia, termasuk semasa pandemik Covid-19 apabila kedua-dua negara berusaha mengurangkan cabaran yang dihadapi warga dan perusahaan, serta memastikan perdagangan dapat diteruskan.



"Kami menilai kerjasama kita yang meluas dan berbincang tentang bidang kerjasama baru seperti dalam bidang ekonomi hijau dan ekonomi digital.



"Kita juga merupakan rakan perdagangan kedua terbesar satu sama lain dan Singapura merupakan pelabur asing terbesar bagi Malaysia," ujarnya.



Malah, tambahnya, hubungan antara warga kedua-dua negara juga kukuh, dengan legasi sejarah yang dikongsi bersama.



"Walaupun dalam keadaan ekonomi yang mencabar pada masa akan datang, Datuk Anwar dan saya bersetuju bahawa kedua-dua negara kita harus bekerjasama lebih rapat dan memastikan saluran komunikasi yang kerap antara pemimpin dan rakyat kita," katanya.



Menerusi laman Facebook beliau semalam, Datuk Anwar turut berkata kunjungan itu mencerminkan hubungan akrab antara Malaysia dan Singapura, termasuk jalinan antara rakyat yang erat serta hubungan ekonomi yang kukuh.



Semasa berucap di majlis jamuan tengah hari di Istana semalam, beliau juga mengalu-alukan kehadiran Puan Halimah yang akan mengadakan lawatan negaranya ke Malaysia Mac ini.



Ini tanda jelas yang menunjukkan hubudngan dua hala yang kukuh antara Malaysia dengan Singapura, ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >