Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah gembira warga SG faham cabaran Omicron, terus sokong satu sama lain

Jan 31, 2022 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob gembira warga Singapura memahami cabaran varian Omicron Covid-19 di tengah sambutan Tahun Baru Cina (CNY), dan terus menyokong satu sama lain.



Dalam satu mesej video CNY beliau yang disiarkan di Facebook semalam, Puan Halimah berkata kemunculan varian Omicron menjejas rancangan membuka semula banyak negara, termasuk Singapura.



Menurut beliau, sesetengah rakyat Singapura berharap peraturan Covid-19 dilonggarkan agar lebih banyak sambutan CNY dibenarkan.



"Saya faham bahawa beberapa warga Singapura sebelum ini berharap langkah pengurusan selamat Covid-19 dilonggarkan pada masa ini, supaya kita boleh mengadakan lebih banyak aktiviti perayaan semasa Tahun Baru Cina tahun ini.



"Bagaimanapun, kemunculan varian Omicron di seluruh dunia menjejas rancangan pembukaan semula banyak negara, termasuk Singapura.



"Saya gembira kerana warga Singapura memahami cabaran itu, dan terus memberi sokongan kepada satu sama lain dalam masa sukar ini," ujar Puan Halimah.



Sempena tahun harimau tahun ini dalam kalendar Cina, beliau menambah: "Harimau melambangkan kekuatan dan keberanian. Saya berharap kita akan terus menerapkan sifat-sifat ini sedang kita memerangi pandemik ini sebagai sebuah negara, dan bangkit daripadanya lebih kuat daripada sebelumnya."



CNY disambut esok dan lusa. Istana akan mengadakan rumah terbuka Sabtu ini, namun tiket masuk bagi orang awam telah habis diagih.



 



"... kemunculan varian Omicron di seluruh dunia menjejas rancangan pembukaan semula banyak negara, termasuk Singapura. Saya gembira kerana warga Singapura memahami cabaran ini, dan terus memberi sokongan kepada satu sama lain dalam masa sukar ini."
- Presiden Halimah Yacob.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >