Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah gesa warga tua segera jalani vaksinasi

Jun 02, 2021 | 05:30 AM



VAKSIN Covid-19 disahkan selamat dan bukti kukuh terhadap jaminan tersebut adalah jumlah 760,000 penduduk Singapura berusia 60 tahun dan ke atas yang telah mendapatkan vaksinasi, termasuk dirinya dan suami, kata Presiden Halimah Yacob.



Namun begitu, beliau menegaskan bahawa masih terdapat 280,000 penduduk dalam golongan usia itu yang masih belum mendapatkan suntikan mereka.



Justeru, Puan Halimah menggesa agar mereka mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dengan segera.



"Warga emas kami menjadi keutamaan pemerintah dalam usaha kami melindungi rakyat daripada Covid-19, kerana mereka lebih rentan, dan kami ingin mereka semua mendapatkan vaksinasi," tulis Puan Halimah di Facebook.



Puan Halimah turut mengharapkan kerjasama daripada semua pihak dalam melaksanakan tanggungjawab ini.



Beliau menggalak ahli keluarga kepada warga emas agar turut membantu dalam memastikan mereka mendapatkan vaksinasi, susulan pengumuman pemerintah yang membolehkan warga emas mengunjungi pusat vaksinasi tanpa perlu mendaftar atau membuat janji temu terlebih dahulu.



"Selain itu, anda juga boleh hubungi Pejabat Generasi Perak untuk mendapatkan vaksinasi di rumah, untuk warga emas yang rentan yang tidak dapat melakukan perjalanan ke pusat-pusat tersebut," tambah beliau.



Bagi mereka yang tidak mempunyai ahli keluarga pula, Puan Halimah menggesa agar bantuan diberikan oleh jiran tetangga atau rakan-rakan lain, di samping organisasi akar umbi atau agensi perkhidmatan sosial yang juga dapat membantu.



"Dengan cara ini, semoga kita dapat menyaksikan semua warga emas kita mendapatkan vaksinasi dengan cepat," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >