Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah hargai daya tahan khidmat awam harungi Covid-19

Aug 13, 2021 | 05:30 AM



PERKHIDMATAN awam telah melakukan yang terbaik dan berusaha gigih untuk menguruskan krisis semasa pandemik ini dah harus terus kekal berdaya tahan dan menyesuaikan diri, kata Presiden Halimah Yacob.



Ini memandangkan pandemik Covid-19 bukanlah krisis terakhir yang akan dihadapi masyarakat Singapura sebagai sebuah negara.



Lantaran itu, adalah penting untuk mempunyai pemimpin komited dalam perkhidmatan awam, khususnya semasa tempoh mencabar seperti Covid-19.



Puan Halimah berkata demikian dalam ucapannya semasa majlis penyampaian Biasiswa Presiden yang dianjurkan secara maya semalam.



Beliau berkata, dalam menangani krisis Covid-19, ramai pegawai perkhidmatan awam yang berdedikasi dan tekun telah bekerja keras tanpa mengira penat lelah - tidak kira dalam operasi menjejak kontak atau melaksanakan langkah sokongan bagi menolong perniagaan.



Puan Halimah menekankan dalam ucapannya:



"Pandemik Covid-19 bukanlah yang terakhir yang kita akan hadapi sebagai sebuah negara.



"Sebagai pemimpin pada masa depan, anda harus kekal berpegangan teguh dan terus memberi khidmat dengan penuh dedikasi dan kerendahan hati."



Beliau mengingatkan para pegawai supaya kekal berdaya tahan dan bersedia menyesuaikan diri dalam menghasilkan dasar-dasar demi kepentingan warga Singapura.



Puan Halimah juga menarik perhatian tentang peri-pentingnya untuk terus melibatkan diri dan terhubung dengan masyarakat serta mendengarkan pandangan mahupun keprihatinan rakyat dengan empati dan penuh memahami.



"Adalah menjadi tugas anda untuk mewakili nilai-nilai Perkhidmatan Awam, menegakkan kepercayaan yang diberikan kepada anda serta menjalankan peranan anda untuk menyokong kejayaan Singapura yang berterusan," ujar beliau.



Dalam pada itu, Puan Halimah berkata pandemik Covid-19 merupakan satu ujian bagi generasi kita, yang tidak dijangkakan sesiapa sahaja.



Malah, apabila ia muncul pertama kali tahun lalu, tidak ramai yang tahu bahawa virus itu akan meninggalkan kesan mendadak terhadap kehidupan dan sumber rezeki kita.



Namun demikian, masyarakat Singapura kekal bersepadu walaupun dalam masa-masa mencabar ini, tambah Puan Halimah.



Menurut beliau, masyarakat terpaksa membuat penyesuaian dalam kehidupan harian, termasuk cara kita menyambut Hari Kebangsaan Singapura pada 9 Ogos, baru-baru ini.



Buat pertama kalinya, segmen pertunjukan Perbarisan Hari Kebangsaan akan diadakan lebih lewat, pada 21 Ogos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >