Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Kebajikan beri kesan besar kepada masyarakat

Dec 02, 2020 | 05:30 AM



USAHA kebajikan secara kecil-kecilan, dengan sokongan masyarakat boleh memberikan kesan yang besar, kata Presiden Halimah Yacob.



Beliau memberi contoh beberapa projek korporat dan badan lain seperti usaha Singtel menggunakan tenaga relawan untuk mengajar warga emas menggunakan alat digital dan inisiatif Safra yang menggesa anggota perkhidmatan negara kerahan (NSmen) dan keluarga menderma hadiah dan makanan kepada keluarga susah.



Menurut Puan Halimah, melebihi perbuatan mengumpul dana, perbuatan kebajikan seperti ini penting, terutama semasa pandemik ini, bagi menggembleng tenaga individu, perniagaan dan pertubuhan untuk membina Singapura yang lebih prihatin.



"Semangat prihatin telah membantu kita mengharungi banyak cabaran lalu dan saya yakin ia akan berperanan sedemikian semasa krisis ini.



"Di tengah-tengah pandemik Covid-19 ini, ramai warga Singapura telah tampil untuk membantu orang lain dalam masyarakat kita. Saya harap inisiatif ini menjadi pemangkin bagi lebih banyak perbuatan baik sedemikian," kata Puan Halimah.



Puan Halimah berkata demikian semalam, dalam ucapannya di pelancaran Minggu Memberi SG Cares 2020 di Pusat Konvensyen Suntec.



Kempen itu diadakan buat kali pertama tahun ini oleh Pusat Sukarelawan dan Dermawan Nasional (NVPC) dengan kerjasama Majlis Perkhidmatan Sosial Nasional (NCSS) dan Pejabat SG Cares.



Turut menghadiri acara tersebut adalah Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong.



Menurut Puan Halimah, pandemik Covid-19 telah menambah cabaran bagi badan kebajikan mengumpulkan dana.



"Inilah sebabnya Dana Minggu Memberi SG Cares ditubuhkan untuk menyokong badan kebajikan lebih kecil di Singapura," kata Puan Halimah.



Dana yang dikumpul menerusi pelbagai kegiatan Minggu Memberi SG Cares ini, serta menerusi projek berkaitan lain yang diadakan sepanjang bulan, akan diagihkan kepada 30 badan kebajikan lebih kecil yang telah mendaftar untuk menjadi penerima dana.



Badan-badan kecil disifatkan sebagai yang menerima dana kurang $500,000 setahun.



"Memberi adalah memperkasakan," kata Puan Halimah.



"Justeru, kami melancarkan Minggu Memberi SG Cares untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Singapura untuk memberi kembali ke masyarakat kita, dan menjadikan Singapura lebih prihatin dan tempat tinggal yang inklusif bagi semua," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >