Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAWATAN PRESIDEN HALIMAH KE JERMAN

Presiden Halimah kunjungi firma Jerman, luang masa bersama rakyat S'pura

Dec 14, 2019 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob, yang sedang melawat Jerman, telah bertemu dengan Menteri-Presiden Hesse, Encik Volker Bouffier, kelmarin dalam satu majlis jamuan di Schloss Biebrich yang bersejarah.S



Singapura dan Hesse - sebuah negeri federal di tengah Jerman - telah mengesahkan lagi hubungan baik dua hala dan bersetuju akan terus bekerjasama rapat dalam pelbagai bidang, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA), semalam.



Menulis tentang pertemuan tersebut di Facebook semalam, Puan Halimah berkata beliau berbesar hati dapat berjumpa dengan Menteri-Presiden Hesse itu.



"Hesse mempunyai tempat yang istimewa dalam sejarah politik Jerman, sebagai tempat negara itu mengadakan undang-undang yang dipilih secara bebas yang pertama pada 1848.



"Ia juga rumah kepada warisan budaya yang kaya, dan telah menghasilkan ramai penggubah dan penulis termasyhur," kata beliau.



Puan Halimah menyifatkan perbincangan beliau dengan Encik Bouffier sebagai "membuahkan hasil", membincangkan mengenai bagaimana memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang seperti perdagangan, pendidikan dan budaya.



"Saya mengalu-alukan Encik Bouffier melawat Singapura tidak lama lagi supaya kami dapat meneruskan perbincangan ini," katanya dalam catatan Facebook itu.



Awal daripada itu, Puan Halimah melawat syarikat Continental AG di Frankfurt dan ABB Stotz di Heidelberg bagi mempelajari lebih mendalam mengenai sistem latihan vokasional dan teknikal Jerman.



Kedua-dua syarikat itu membentangkan daya usaha mereka membantu melatih, mempertingkat kemahiran dan mewujudkan tenaga kerja siap bagi masa depan.



Puan Halimah berkata beliau mempelajari lebih banyak mengenai teknologi yang dibangunkan sebagai sebahagian Industri 4.0, antaranya Kenderaan Tanpa Pemandu dan Prasarana Bijak.



Menurut MFA, Puan Halimah menyaksikan penandatanganan deklarasi bersama Menteri Pendidikan Singapura, Encik Ong Ye Kung, dengan Setiausaha Negeri Kementerian Pendidikan Sukan dan Belia (MEYS) Baden-Württemberg, Encik Volker Schebesta, bagi memperluas kerjasama antara MOE dengan MEYS dalam bidang pendigitalan, latihan guru, penjagaan masyarakat dan geriatrik.



Puan Halimah juga menyaksikan penandatanganan Memorandum Persefahaman (MOU) antara Institut Teknologi Singapura (SIT) dengan Duale Hochschule Baden-Wurttemberg Mannheim bagi memudahkan pertukaran antara pelajar dengan kakitangan di kedua-dua universiti itu.



Puan Halimah turut menemui lebih 200 warga Singapura yang hadir bagi jamuan bersama beliau di Frankfurt petang Rabu lalu.



Dalam catatan Facebooknya semalam, Puan Halimah berkata:



"Kebanyakan daripada mereka adalah pelajar dan profesional muda. Saya gembira mereka tetap berhubung rapat dengan keluarga serta rakan-rakan mereka di rumah."



Antara yang hadir ialah empat alumni daripada alma mater Puan Halimah, Sekolah Perempuan Tanjong Katong (TKGS).



Cik Hatijah Nuss, 61 tahun, berkata Puan Halimah terkejut melihat perhimpunan kecil TKGS di hotel Jumeirah Frankfurt itu, lapor akhbar The Straits Times.



Cik Hatijah, salah seorang pemimpin masyarakat warga Singapura di Cologne, mendapati menerusi masyarakat dalam talian Singaporeans-in-Germany bahawa terdapat ramai bekas pelajar TKGS yang tinggal di Jerman.



Tetapi pelajar TKGS dari 1970 ke 1974 itu tidak pernah bersua dengan Puan Halimah, yang menghadiri kelas prauniversiti di situ dari 1972 hingga 1973.



Cik Hatijah, yang mengajar secara sambilan berkata:



"Saya rasa mengagumkan melihat Presiden Halimah di sini hari ini. Apabila terdapat acara, warga Singapura akan datang kerana kami semua mempunyai hubungan yang kuat dengan rumah."



Puan Halimah berada di Jerman bagi lawatan negara selama lima hari, dan ini merupakan kali pertama dilakukan sebagai ketua negara Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >