Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Presiden Halimah lahir keprihatinan insiden berbaur perkauman jejas perpaduan

Jun 11, 2021 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob berkata kejadian terkini yang menggambarkan "kebencian dan cauvinisme" telah menggoncang keyakinan dalam kepercayaan warga Singapura terhadap perpaduan yang dicapai dengan usaha keras.



"Ia memedihkan untuk membaca tentang insiden kebencian dan cauvinisme yang disebabkan oleh warga Singapura terhadap satu sama lain," kata beliau dalam satu catatan di Facebook, sambil menyifatkan tindakan seperti itu sebagai "amat menyakitkan".



"Kebimbangan utama kami ialah bagaimana prejudis seperti ini akan menjejas anak muda kita dan mempengaruhi minda mereka.



"Kita ingin tahu sama ada ini adalah kejadian terpencil atau mencerminkan satu masalah lebih besar," tambah Puan Halimah.



Beliau menarik perhatian bahawa undang-undang tidak akan menghentikan kejadian seperti itu daripada terus berlaku.



Sebaliknya, ini masanya mengadakan perbincangan lebih mendalam mengenai peri pentingnya perpaduan dan bagaimana untuk mencapai masyarakat yang benar-benar berbilang agama dan bangsa.



"Dalam proses ini, kita mungkin harus berdepan dan menilai semula kebenaran yang amat menyakitkan tentang diri kita dan kepercayaan kita.



"Ia mungkin sesuatu yang kurang menyenangkan, namun ini adalah satu perjalanan yang saya rasa, setiap rakyat Singapura perlu lalui," jelas Puan Halimah, sambil menambah bahawa penggunaan media sosial dan pandemik Covid-19 berterusan adalah faktor yang mungkin telah menyembunyikan isu sebenar.



Sejak akhir-akhir ini, beberapa kejadian telah menimbulkan perhatian yang meluas dan perbahasan dalam kalangan masyarakat awam serta menteri dan anggota parlimen.



Antaranya ialah satu video yang menunjukkan seorang lelaki Cina membuat kenyataan perkauman terhadap sepasang kekasih yang berlainan bangsa.



Terkini pada Rabu lalu, pengguna Facebook, Livanesh Ramu memuat turun klip seorang lelaki yang sedang melakukan rutin agama Hindu di pintu rumah, sementara di belakangnya kelihatan seorang wanita yang dipercayai berbangsa Cina, memukul gong berulang kali dalam cara yang tampak seperti satu tindak balas.



Pos itu kemudian dikemas kini untuk menambah bahawa Pasukan Polis Singapura sudah menghubungi keluarga itu.



Puan Halimah mengimbas kembali tentang bagaimana satu forum antara agama berperingkat tinggi - hasil idea beliau - diadakan di Singapura buat pertama kali pada 2019 dan menarik lebih 1,100 peserta dari 40 negara.



"Terdapat kebimbangan awal sama ada adalah bijak untuk mendapatkan peserta antarabangsa untuk membincangkan mengenai topik yang amat sensitif, tetapi saya percaya ancaman keagamaan dan perkauman terhadap perpaduan akan sentiasa ada dan dengan mengadakan perbincangan yang bermakna, akan membawa lebih banyak kebaikan daripada bahaya," kata beliau.



Beliau menyifatkan bagaimana Raja Abdullah dari Jordan begitu kagum dengan perpaduan masyarakat Singapura walaupun dengan adanya kepelbagaian serta berkata dalam ucaptamanya bahawa "dinamisme" yang dipamerkan di sini, amat diperlukan untuk menangani ancaman terhadap keharmonian antara agama, sikap saling menghormati dan kepercayaan di seluruh dunia.




"Kebimbangan utama kami ialah bagaimana prejudis seperti ini akan menjejas anak muda kita dan mempengaruhi minda mereka.

Kita ingin tahu sama ada ini adalah kejadian terpencil atau mencerminkan satu masalah lebih besar."

- Presiden Halimah Yacob.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >