Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Masih ada ruang baru kerjasama S'pura, M'sia

Mar 22, 2023 | 05:30 AM



DARI KUALA LUMPUR, MALAYSIA: SINGAPURA dan Malaysia menikmati kerjasama substantif dan saling menguntungkan merangkumi bidang ekonomi dan keselamatan, tetapi masih terdapat banyak ruang untuk kedua-dua negara mengembangkan kerjasama ke kawasan baru dan menarik.



Demikian kata Presiden Halimah Yacob dalam ucapan bersulangnya di Majlis Santapan Negara yang diadakan di Istana Negara, Malaysia.



Beliau telah ke sana pada Selasa, hari kedua Lawatan Negara ke Malaysia bagi Puan Halimah.



Beliau berada di sana atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Abdullah Ahmad Shah.



"Dalam tempoh 59 tahun sejak penubuhan hubungan diplomatik antara Singapura dan Malaysia, hubungan dua hala kami telah berkembang kukuh.



"Hari ini, kedua-dua negara kita menikmati kerjasama substantif dan saling menguntungkan merangkumi bidang ekonomi, keselamatan dan rakyat-ke-rakyat.



"Terdapat banyak peluang untuk kami mengembangkan kerjasama kami ke dalam bidang baru dan menarik bagi manfaat bersama," ujar Puan Halimah.



Antaranya, kata beliau, terdapat keperluan memastikan adanya rangka kerja sedia masa hadapan untuk menggalakkan kesejahteraan digital, menjamin infrastruktur siber dan merapatkan jurang digital.



Selain itu, sedang kedua-dua ekonomi Singapura dan Malaysia beralih kepada menggunakan sumber tenaga yang lebih boleh diperbaharui dan rendah karbon, terdapat keperluan bagi peraturan yang munasabah yang melindungi alam sekitar dan pada masa yang sama menggalakkan pertumbuhan mampan serta inovasi teknologi.



Namun, melebihi ekonomi, apa yang membentuk hubungan unik Singapura dan Malaysia ialah sejarah bersama kedua-dua negara serta silaturahim yang ada.



Kata Puan Halimah: "Ramai di antara kita di Singapura dan Malaysia mempunyai kenangan manis di kedua-dua negara - sama ada ketika belajar, bekerja atau bercuti.



"Memandang ke hadapan, kita mesti memastikan bahawa warga Singapura dan Malaysia yang lebih muda terus membesar dengan rasa keakraban dan keselesaan antara satu sama lain."



Sultan Abdullah, yang turut berucap, berkongsi pandangan Puan Halimah bahawa kedua-dua negara mesti bekerjasama dengan lebih rapat lagi.



Baginda berucap: "Beta amat yakin bahawa ikatan persahabatan yang kukuh dalam kalangan rakyat kita akan terus menjadi faktor penting yang membentuk teras hubungan dua hala kita.



"Pertukaran kerap lawatan peringkat tinggi dalam kalangan pemimpin kita dan antara pegawai negara kita akan membantu membina persefahaman dan kepercayaan bersama antara kita."



Sebelum Majlis Santapan Negara, Puan Halimah telah menerima istiadat alu-aluan negeri di Istana Negara, diikuti dengan sesi menanam pokok gelam di halaman Istana Negara.



Penanaman pokok biasanya dilakukan oleh ketua negeri di Malaysia dan ini merupakan kali pertama ketua negara diberi kehormatan sedemikian.



Ini juga merupakan kali pertama upacara pemberian nama anggerik dilakukan bagi lawatan negara ketua asing ke Malaysia.



Anggerik yang diberi nama Vanda Halimah Yacob Mohamed dinamakan sempena Puan Halimah dan suami, Encik Abdullah Alhabshee - yang menemaninya bagi lawatan negara tersebut.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >