Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Masyarakat tidak mampu menakat, apatah lagi maju, tanpa perpaduan

Sep 06, 2022 | 09:19 AM



PANDEMIK Covid-19 menekankan perlunya bagi masyarakat yang padu kerana masyarakat tidak boleh menakat, apa lagi maju, tanpa ‘gam sosial’ yang dapat menyatukan mereka bersama.



Berucap di pembukaan Persidangan Antarabangsa Mengenai Masyarakat Bersatu Padu (ICCS) di Pusat Konvensyen Raffles City Selasa (6 Sept), Presiden Singapura, Puan Halimah Yacob, berkata kestabilan dan daya tahan nasional adalah hasil masyarakat yang bekerjasama demi tujuan yang sama, bersatu dalam berdepan dengan cabaran serta ancaman yang dihadapi negara.



“Masyarakat yang padu tidak wujud secara spontan. Ia hasil pilihan dan penuh keyakinan.



“Pandemik ini telah menekankan lagi hal ini,” ujar beliau.

Tambahnya, pandemik Covid-19 merupakan krisis kesihatan awam dengan kesan sosial yang serius.



Bahkan ketika orang ramai berasa lebih bimbang, ketegangan juga meningkat, hingga menimbulkan rasa kebencian serta sikap tidak bertoleransi dan xenofobia.



Singapura juga tidak terlepas daripada cabaran sedemikian, ujar Puan Halimah.



“Pandemik ini telah menyebabkan garis pemisah yang lebih mendalam dalam masyarakat di serata dunia sedangkan apa yang segera diperlukan untuk pulih daripada pandemik ini ialah kerjasama dan tindakan bersama.



“Ini mengingatkan kita bahawa perpaduan sosial diperlukan bagi keselamatan kita bersama,” katanya.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >