Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah, PM Lee ucap tahniah atas pelantikan Xi

Mar 11, 2023 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob dan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah menulis surat kepada Presiden China, Encik Xi Jinping, untuk menyampaikan ucapan tahniah atas pelantikan semula beliau sebagai presiden negara itu.



Dalam suratnya pada Jumaat, Puan Halimah berkata sepanjang sedekad lalu, China telah mencapai kemajuan penting dalam pembangunannya, ditandai dengan komitmen kuat untuk meningkatkan kehidupan rakyatnya.



"Saya yakin di bawah kepimpinan anda yang berkebolehan, China akan terus menempa pencapaian baru, dan menikmati keamanan dan kemakmuran yang berterusan," ujar beliau.



Singapura dan China, kata Puan Halimah, menikmati hubungan amat baik, dipupuk melalui pertukaran peringkat tinggi, kerjasama saling menguntungkan, dan hubungan rakyat dengan rakyat yang rapat.



Kerjasama dua hala telah berkembang maju mengikut peredaran masa, selaras dengan keutamaan pembangunan negara masing-masing.



"Saya mempunyai keyakinan bahawa kedua-dua negara kita akan terus mengukuhkan hubungan ini pada tahun-tahun mendatang, demi manfaat rakyat kita," tambah Puan Halimah.



Dalam suratnya, Encik Lee pula berkata di bawah kepimpinan Encik Xi, China telah mencapai kemajuan yang mengagumkan dalam pembangunannya.



Ini telah memberi manfaat bukan sahaja kepada rakyat China, bahkan rantau ini pada umumnya.



"Sedang China mengharungi fasa pertumbuhan selanjutnya dan sekitaran global yang mencabar, saya yakin anda akan mengemudi negara anda ke arah kemajuan dan kemakmuran yang berterusan," ujar beliau.



Encik Lee menarik perhatian bahawa Singapura dan China berkongsi persahabatan erat yang lama, dipupuk oleh beberapa generasi pemimpin yang berturut-turut di kedua-dua pihak.



Kerjasama dua hala itu terus berkembang seiring dengan kepentingan dan keutamaan rakyat dua negara.



"Ini mencerminkan persefahaman bersama yang mendalam, dan komitmen kita untuk bekerjasama demi faedah bersama.



"Saya berharap ingin terus bekerjasama dengan anda untuk membawa hubungan dua hala kita ke tahap yang baru," tambah Encik Lee.



Kedua-dua Puan Halimah dan Encik Lee berharap Encik Xi sihat dan terus berjaya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >