Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah, PM Lee utus surat kepada Presiden Xi, sampaikan takziah, luah sokongan

Feb 24, 2020 | 09:34 PM



PRESIDEN Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah mengutus surat kepada Presiden China Xi Jinping bagi mengucapkan takziah di atas nyawa yang diragut wabak Covid-19 dan mengutarakan sokongan Singapura bagi negara itu dalam tempoh yang sukar ini.


Puan Halimah dan Encik Lee telah mengirimkan surat berasingan kepada rakan sejawat mereka di China itu dengan berkata langkah yang diambil negara tersebut bagi membendung penularan virus itu telah mula menunjukkan hasil positif dan menggalakkan.


Dalam suratnya, Puan Halimah berkata Singapura menyokong usaha China untuk menumpaskan wabak koronavirus itu dengan pemerintah negara ini antara lain menyumbang bekalan dan peralatan perubatan serta kit ujian diagnostik bagi Covid-19.


Beliau menambah kerjasama antarabangsa amat penting dalam melawan penyakit tanpa sempadan itu dan memuji kesanggupan China untuk bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa.


"(Ini) membolehkan kita semua, termasuk negara yang terjejas seperti Singapura, untuk membangunkan kit ujian dan memperkenalkan langkah berpatutan bagi menguruskan wabak itu bersama-sama," kata Puan Halimah.


Puan Halimah turut meluahkan penghargaannya kepada pemerintah China, khususnya pemerintah Hubei, kerana membantu dalam usaha memulangkan warga Singapura dan keluarga mereka dari Hubei.


Beliau juga gembira Singapura dapat membantu dalam memulangkan warga China di Singapura ke Wuhan.


Encik Lee dalam suratnya berkata pengkaji dari Yayasan Kajian Nasional Singapura, universiti dan syarikat bersedia bekerjasama dengan rakan kongsi China mereka untuk mengongsi kepakaran dan penemuan, dan berusaha mencari vaksin serta rawatan berkesan bagi virus itu.


Beliau berkata berbanding Sars, Covid-19 mungkin mengambil masa lebih panjang untuk dikawal, dan lebih berkemungkinan menjadi endemik dalam populasi manusia.


"Sedang negara-negara mengambil langkah kukuh untuk membendung penyakit itu dalam fasa awal, kita harus mula meneroka bagaimana dalam jangka lebih panjang kita dapat menguruskan kesan kesihatan virus itu ke atas rakyat kita, sambil secara progresif mengembalikan kegiatan ekonomik dan perjalanan serta perdagangan antarabangsa," kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >