Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah puji usaha Muis, masjid dekati golongan susah tanpa kira agama

Apr 15, 2023 | 09:03 PM



PRESIDEN Halimah Yacob berbesar hati dengan usaha Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) serta pegawai masjid yang bergabung tenaga dengan kumpulan masyarakat untuk mendekati dan menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.


Beliau meluahkan kegembiraan dapat menjalani Ramadan 2023 dalam semangat gotong- royong seperti dahulu.


Dalam ucapannya di majlis buka puasa di Hab Islam Singapura pada Sabtu, Puan Halimah berkata:


“Saya bangga melihat masyarakat Islam kita saling bekerjasama dan tangkas melaksanakan pelbagai penyesuaian serta inisiatif sepanjang pandemik. 


“Semua ini dibuat untuk memastikan masyarakat dapat terus mengamalkan kehidupan beragama kita dengan lancar dan bertanggungjawab.


“Ingin saya tekankan bahawa daya tahan dan kekuatan yang ditampilkan masyarakat ketika itulah yang membantu kita ke tahap lebih selamat yang kini dinikmati seluruh negara. 


“Sumbangan anda semua bukan sahaja membantu masyarakat Islam, khususnya golongan yang memerlukan, tetapi juga memperkukuh Singapura sebagai sebuah negara yang inklusif dan bersatu padu.”


Muis pada Sabtu mengumumkan agihan tambahan zakat bernilai $2.2 juta kepada 7,400 isi rumah dan individu bagi Ramadan 2023.


Penerima akan mendapat antara $150 dengan $1,000 bergantung kepada saiz isi rumah.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >