PRESIDEN Halimah Yacob meraikan Pameran Seni Amal Presiden 2017 yang diadakan di bangunan Persatuan Jepun semalam.
Pameran tersebut, yang diadakan buat tahun kelima, memaparkan karya seni sumbangan Cik Lim Sew Yong dan Encik Timothy Chionh dari Raffles Fine Arts Auctioneers. Ia bertujuan mengumpulkan dana bagi Cabaran Presiden.