Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah rasmi pejabat masyarakat baru Yayasan Barah Kanak-Kanak

Sep 10, 2022 | 05:30 AM



YAYASAN Barah Kanak-Kanak (CCF) menyambut ulang tahunnya ke 30 tahun semalam dengan perasmian pejabat masyarakat barunya di GP Point, Kallang Bahru, oleh Presiden Halimah Yacob dan dihadiri sukarelawan, dermawan serta penaja.



Pemindahan pejabat masyarakat ke premis khusus lebih besar itu bertujuan memberi perkhidmatan lebih baik kepada benefisiari CCF, untuk meningkatkan mutu kehidupan kanak-kanak yang menghidap barah dan memberi sokongan kepada keluarga terjejas oleh penyakit itu.



Sejak ditubuhkan pada 1992, CCF telah membantu lebih 3,500 kanak-kanak pada peringkat penyakit yang berbeza dan keluarga mereka.



Statistik barah kanak-kanak di Singapura menunjukkan budak berumur hingga empat tahun membentuk kumpulan terbesar kes barah kanak-kanak yang baru didiagnosis.



Dalam ucapannya di majlis perasmian itu, Puan Halimah berkata:



"Dengan kemajuan perubatan, ramai lagi kanak-kanak terselamat daripada barah kanak-kanak. Sebagai contoh, kadar kelangsungan hidup keseluruhan bagi barah paling biasa kanak-kanak - leukemia - ialah 89 peratus.



"Tetapi perjalanan mereka bagi pemulihan - dan perjalanan CCF bersama mereka - tidak berakhir dengan keluar hospital atau berakhirnya rawatan perubatan aktif."



Di pejabat masyarakat baru itu, kakitangan profesional Agensi Perkhidmatan Social (SSA) menyediakan bantuan dan perkhidmatan menyeluruh untuk program psiko-sosial bagi menyokong kanak-kanak itu dan keluarga mereka sepanjang perjalanan rawatan mereka dan seterusnya.



Pejabat masyarakat baru itu titik fokus usaha CCF dalam mengembangkan kemandirian program bagi membantu benefisiari dalam peralihan kembali ke rumah dan masyarakat dengan lancar.



Pusat dua tingkat itu menyediakan penjagaan holistik dan terdiri daripada bilik bagi intervensi terapeutik seperti seni, permainan dan terapi bantuan haiwan, ruang untuk menggalak persahabatan dan sokongan rakan sebaya dalam kalangan kanak-kanak dan belia sudah sembuh.



Pusat pembelajaran juga disediakan dan merangkumi tempat pembelajaran dan sokongan akademik, bagi kanak-kanak beralih ke sekolah aliran nasional apabila mereka bersedia dari segi fizikal nanti.



"Proses penyesuaian semula dan penyepaduan semula dalam masyarakat adalah penting. Penting untuk anak-anak kita sembuh dari segi fizikal, minda dan semangat, agar mereka boleh membesar dengan yakin dan menjalani kehidupan bahagia dan memuaskan.



"Semua ini tidak akan menjadi realiti tanpa kemurahan hati dan sokongan penaja, penderma dan relawan yang menyokong usaha CCF membuat perbezaan ketara pada kehidupan orang muda terjejas oleh barah.



"Dengan berbuat demikian, anda membantu membina masyarakat yang ada belas kasihan dan inklusif di Singapura, dan saya menggalak anda terus membina perkongsian panjang dan bermakna dengan CCF," kata Puan Halimah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >