Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah rasmi pelantikan hakim kanan

Jul 03, 2023 | 05:44 PM



Presiden Halimah Yacob (kiri) telah merasmikan upacara angkat sumpah bagi pelantikan Encik Tan Siong Thye Lawrence (kanan) sebagai hakim kanan Mahkamah Agung Singapura.

Upacara itu telah diadakan di Istana pada Isnin sekitar 12 tengah hari. Hakim Kanan Tan telah mula berkhidmat jawatan barunya sejak 22 Jun dan akan berakhir pada 4 Januari 2027.

Memberi ulasan mengenai pelantikan hakim kanan itu, Presiden Halimah berkata: “Saya pasti bahawa beliau akan terus mentadbir keadilan dengan penghakiman yang berkualiti dan memastikan keadilan boleh diakses oleh semua.

Hakim Tan dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi pada Julai 2014. Seterusnya, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Peguam Negara pertama Singapura selama tiga tahun.

Pada 1 April 2017, beliau menyambung semula pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi dan beliau telah bersara pada 21 Jun 2019. Beliau juga dilantik semula sebanyak dua kali sebagai Hakim Mahkamah Tinggi selepas persaraan.

Selain Hakim Kanan Tan, Puan Halimah juga telah melantik dua lagi hakim kanan; Hakim Judith Prakash, yang akan memegang jawatan mulai 2 Januari 2024 dan Hakim Lee Seiu Kin, yang akan berkhidmat mulai 30 Januari 2024. Mereka berdua juga akan tamat berkhidmat pada 4 Januari 2027.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >