Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah serikan majlis Yayasan Rahmatan Lil Alamin kongsi keceriaan Ramadan

Apr 14, 2023 | 05:30 AM



SERAMAI 24 benefisiari dan keluarga Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) telah berkumpul pada Khamis untuk berbuka puasa di Masjid Yusof Ishak.



Dianjurkan oleh RLAF, acara ini sebahagian daripada projek Blessings to All, satu inisiatif untuk membawa keceriaan perayaan kepada seramai 7,000 keluarga dan individu kurang bernasib baik.



Turut menghadiri majlis berbuka puasa itu ialah Presiden Halimah Yacob sebagai tetamu terhormat.



Puan Halimah tiba di masjid tersebut sekitar 6 petang dan disambut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RLAF, Encik Muhammad Faizal Othman, serta Pengerusi RLAF, Encik Abdul Razak Hassan Maricar.



Beliau kemudian dibawa untuk singgah ke Galeri RLAF yang memaparkan sejarah pelbagai projek RLAF dan mendekati kakitangan, relawan dan rakan kongsi RLAF.



Puan Halimah juga sempat berinteraksi dengan benefisiari projek Blessings to All dan mengagihkan baucar NTUC bernilai $30 kepada mereka.



Beberapa Anggota Parlimen (AP) juga hadir di majlis tersebut. Antara mereka ialah AP GRC Sembawang, Cik Poh Li San dan Cik Mariam Jaafar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >