Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:20
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah tekan penting pelajar diajar sejahtera siber

Jan 26, 2022 | 05:30 AM



SELAIN memastikan pelajar mempunyai akses kepada teknologi dan program digital, adalah penting sekolah mengajar mereka kesejahteraan siber agar mereka boleh menjadi pengguna bertanggungjawab dan tahu masalah yang boleh timbul, seperti berita palsu, pembulian siber dan kegiatan gaming, atau permainan digital berlebihan.



Menekankan ini, Presiden Halimah Yacob berkata adalah penting memastikan daya tahan mental pelajar dengan menggunakan teknologi, lebih-lebih lagi di tengah pandemik Covid-19 ini.



Beliau berkata demikian setelah melakukan lawatan ke Sekolah Menengah Pasir Ris bagi meninjau cara sekolah itu menerapkan pendigitalan, program kesejahteraan siber dan Program Celik Digital Nasional (NDLP) dalam kurikulumnya, semalam.



Di bawah NDLP, setiap pelajar sekolah menengah diberi alat pembelajaran digital sendiri.



Mengulas mengenai kunjungannya, Puan Halimah berkata beliau gembira melihat cara sekolah itu menyampaikan pendidikan bermutu tinggi dengan memanfaatkan wadah digital.



Contohnya, menerusi program kesejahteraan siber sekolah itu, pelajar diajar menggunakan teknologi digital secara selamat dan bertanggungjawab serta mengenal pasti bahaya yang boleh timbul, seperti berita palsu.



Puan Halimah menekankan mengenai tabiat gaming yang sudah menjadi masalah serius secara global. Beliau berkata gaming boleh dijadikan kegiatan masa lapang, tetapi jika berlebihan, ia boleh menjadi masalah.



Di samping itu, dengan terjadinya pembulian siber di Singapura dan negara lain, adalah penting pengguna menggunakan wadah dalam talian secara bertanggungjawab agar menjadi ruang selamat buat diri mereka dan orang lain.



Menyentuh tentang pendidikan holistik yang diberi kepada pelajar, Puan Halimah memuji program pemimpin sokongan rakan sebaya di sekolah itu. Contohnya, menerusi inisiatif 'Here Is A Hand', pelajar dapat meluahkan perasaan dan menulis tentang masalah yang dihadapi mereka menerusi wadah dalam talian dan pemimpin sokongan rakan sebaya dan guru akan memberi respons.



"Daya tahan mental penting sepanjang kehidupan kita... tetapi tentunya Covid-19 telah memburukkan keadaan disebabkan pengasingan yang hakikatnya bermakna anda tidak dapat memanfaatkan rangkaian sosial biasa secara fizikal. Ini mendatangkan kesan," ujar Puan Halimah.



Menyediakan sumber seperti inisiatif itu, yang membolehkan pelajar mengakses sumber sokongan dari rumah walau tidak dapat ke sekolah, adalah penting, tambahnya.



Bagi pelajar menengah empat, Nur Rihanna Mohamed Jufrie, 15 tahun, program kesejahteraan siber di sekolah amat berguna bagi melindungi diri dan keluarganya.



"Contohnya, pembulian siber di media sosial. Adik-beradik saya sering dibuli rakan sekolah lain yang mereka tidak kenal... jadi salah satu cara yang saya beritahu mereka ialah sekat orang itu dan jangan pedulikannya. Kalau individu itu cuba mengancam anda, anda boleh melaporkannya kepada polis," kata anak sulung daripada tujuh adik-beradik itu.




"Kita tahu tanpa ragu-ragu bahawa kecelikan digital adalah sesuatu yang amat penting bukan untuk pembelajaran, pembangunan dan perkembangan pelajar sahaja, malah untuk mereka dapat berintegrasi dalam masyarakat dan kemudian dalam ekonomi sebaik sahaja mereka habis sekolah dan bekerja."
- Presiden Halimah Yacob




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >