Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah tinjau inisiatif kesihatan mental SIT

Jun 28, 2023 | 05:27 PM



Menggalakkan pengaruh rakan sebaya yang positif dan memperkasakan minda muda untuk mendapatkan bantuan apabila diperlukan adalah penting, kata Presiden Halimah Yacob.

Menurutnya, perbincangan tentang kesihatan mental boleh mewujudkan pemahaman yang lebih baik tentang topik tersebut.

Beliau menyatakan demikian dalam satu catatan di laman Facebook tentang lawatannya ke Institut Teknologi Singapura (SIT) pada Rabu.

“Perbincangan mengenai topik kesihatan mental membolehkan lebih ramai orang memahami tentang topik tersebut dan melengkapkan belia dengan alat untuk mengharungi cabaran hidup.

“Bersama, kita dapat mewujudkan perbezaan dalam meningkatkan kesejahteraan golongan belia,” jelasnya.

Lawatan tersebut adalah sebahagian daripada penglibatan masyarakatnya.

Semasa lawatan itu, Presiden Halimah berpeluang meninjau masalah kesihatan mental yang biasa dihadapi pelajar.

Ini termasuk cabaran peribadi semasa mereka mengharungi usia dewasa, menghadapi kesunyian sebagai pengguna yang dibesarkan dalam persekitaran digital – atau digital natives – dan kebimbangan yang datang dengan tekanan untuk berjaya.


Namun, terdapat beberapa program, kebanyakannya dipimpin oleh pelajar, bertujuan memupuk pertumbuhan peribadi, daya tahan, kepimpinan, dan kesejahteraan keseluruhan.

Memahami kesihatan mental merupakan bahagian penting dalam kesejahteraan keseluruhan individu, Profesor John Thong, Timbalan Presiden (Akademik) & Provos, SIT, berkata mereka memberi tumpuan kepada menawarkan pembangunan dan sokongan yang menyeluruh kepada semua pelajar.

“Membina sokongan sosial yang kukuh, membantu pelajar membina kemahiran baik, menangani kesihatan dan mewujudkan peluang untuk pembangunan peribadi adalah bidang tumpuan utama untuk membolehkan pelajar mencapai impian akademik mereka dan berkembang maju di universiti,” jelas Profesor Thong.


Antara inisiatif yang ditawarkan termasuk Kepelbagaian & Keterangkuman (D&I), di mana pelajar berpeluang untuk terlibat dalam perbualan yang selamat dan mendapatkan sokongan mengenai isu seperti budaya dan etnik, pembulian dan kesejahteraan emosi.

Selain itu, terdapat juga inisiatif sokongan kesihatan mental di mana penyokong rakan sebaya pelajar memainkan peranan penting dalam mengenal pasti pada tahap awal sekiranya terdapat pelajar yang tertekan dan merujuk mereka untuk mendapatkan sokongan dan menggalakkan sikap mahu mendapatkan bantuan.

Satu lagi inisiatif yang memupuk semangat kekitaan pula menawarkan wadah dan peluang bagi pelajar untuk berinteraksi dan membina rangkaian kawan yang bermakna.

Sebagai contoh, program Well-Thy Minds (WMP) yang diadakan sepanjang tahun akan menganjurkan pelbagai acara untuk meningkatkan kesedaran tentang isu kesihatan mental dan menyediakan sumber dan sokongan penting kepada individu yang mungkin menghadapi cabaran.

Menurut Profesor Thong, sehingga kini lebih 1,600 pemimpin pelajar telah melibatkan diri dalam insiatif-insiatif itu.

Semasa di sana, Puan Halimah turut berpeluang berinteraksi bersama beberapa pelajar yang terlibat dalam inisiatif kesihatan mental.

Antara mereka ialah Encik Mohamed Fazil Mohamed Ali, 25 tahun, pelajar program Pengurusan Pengangkutan Udara di SIT.

Pelajar tahun pertama itu berkata beliau tergerak untuk melibatkan diri dalam inisiatif itu kerana ingin berkongsi bersama rakan-rakannya tentang program berlainan yang ditawarkan oleh universitinya.

“Kehidupan universiti harus menyeronokkan dan pendidikan perlu ada keseimbangan.

“Terdapat beberapa perkara yang buku tidak dapat ajar anda, tetapi ia boleh diperolehi melalui pengalaman.

“Dengan mengadakan aktiviti untuk pelajar berkumpul, saya berharap dapat meningkatkan kehidupan kampus untuk masyarakat pelajar kita, untuk memberikan sokongan dan mencipta kenangan yang baik,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >