Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah ucap selamat Deepavali, Istana adakan rumah terbuka

Oct 22, 2022 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob semalam memberi ucap selamat kepada penganut Hindu sempena sambutan Deepavali yang bakal diraikan lusa.



Dalam satu catatan di Facebooknya semalam, beliau berkata perayaan seperti Deepavali adalah titik pertemuan semula jadi di mana keluarga mengesahkan komitmen mereka untuk menyokong satu sama lain semasa tempoh senang mahupun sukar.



"Di Singapura yang berbilang kaum, membuka pintu kepada rakan dan jiran daripada masyarakat lain adalah perkara biasa, dan dengan melalui detik-detik perkongsian sebegitu kita dapat mengukuhkan kepercayaan dan persefahaman.



"Sempena sambutan Deepavali, Rumah Terbuka Istana akan diadakan pada Isnin, 24 Oktober.



"Pengunjung dialu-alukan untuk menerokai perkarangan Istana dan menikmati perayaan," katanya lagi.



Beliau turut melahirkan harapan dapat bertemu dengan rakyat Singapura sempena hari terbuka itu.



Hari Terbuka Istana sempena Deepavali itu akan bermula pada 8.30 pagi hingga 6 petang.



Orang awam boleh menikmati beberapa persembahan seperti tarian daripada Sekolah Menengah Bowen, Sekolah Menengah Punggol dan Sekolah Menengah Clementi Town serta Sekolah Bakat Muda Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa).



Orang ramai juga boleh melibatkan diri dalam kegiatan seperti membuat lilin dan mencorak belon di tapak Istana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >