Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah ucap takziah atas kematian anggota bomba SCDF

Dec 11, 2022 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob semalam menzahirkan rasa amat sedih atas kematian anggota bomba Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Koperal Edward H. Go, yang terkorban semasa operasi memadamkan kebakaran di sebuah unit flat di Blok 91 Henderson Road, pagi Khamis lalu.



"(Saya berasa) amat sedih mendengar kematian tragis anggota bomba SCDF muda, Edward, yang kehilangan nyawanya dalam menjalankan tugas.



"Beliau menjalankan peranannya dengan gagah dan berani. Takziah saya ucapkan kepada keluarga dan orang tersayang beliau. Kami bersama anda semasa masa sukar ini," tulis Puan Halimah di Facebook.



Menurut SCDF, "ini merupakan kes pertama anggotanya gugur semasa bertugas."



Dalam kenyataannya, SCDF berkata, pihaknya akan mengadakan upacara pengebumian rasmi untuk mendiang.



Koperal Edward, 19 tahun, dilaporkan pengsan di ruang dapur lalu dibawa keluar dan diberikan bantuan pernafasan.



Kakitangan perubatan di tempat kejadian turut menggunakan alat penggerak jantung atau ' defibrilator' ke atasnya dan mengejarkannya ke Hospital Besar Singapura (SGH), di mana beliau disahkan meninggal dunia.



Laporan lanjut: Kerosakan elektrik punca kebakaran di Henderson Road




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >