Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Usaha kolektif penting bantu golongan kurang upaya

Feb 25, 2023 | 05:30 AM



MENINGKATKAN mutu kehidupan golongan yang lemah dan kurang bernasib baik di Singapura bukan sahaja didukung pemerintah atau mana-mana agensi khidmat sosial, kata Presiden Halimah Yacob.



Ia sebenarnya memerlukan kerjasama kukuh yang memanfaatkan kekuatan dan sumber kolektif pelbagai pihak.



Ini adalah kunci dalam menangani cabaran masyarakat dan mencipta hasil yang lebih baik untuknya, kata Puan Halimah semasa berucap di majlis jamuan penghargaan untuk penderma Persatuan Cacat Anggota (SPD) di Istana pada Jumaat.



Seramai 24 individu dan wakil korporat menghadiri acara tersebut.



Tahun lalu, SPD dapat menyediakan penjagaan kepada lebih 10,500 orang kurang upaya merangkumi semua lapisan usia.



Badan amal itu mengumpulkan kira-kira $40 juta setiap tahun untuk memastikan tiada orang kurang upaya dinafikan sokongan yang diperlukan.



Ini termasuk memberi bantuan dalam bidang seperti sokongan intervensi dan pendidikan awal untuk kanak-kanak dan belia, serta penjagaan harian, khidmat terapi dan pelbagai sokongan pekerjaan untuk orang dewasa dan warga emas kurang upaya.



SPD ialah sebuah badan amal tempatan bertujuan membantu golongan kurang upaya daripada semua peringkat usia untuk memaksimumkan potensi mereka dan mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat.



Puan Halimah, yang merupakan penaung SPD, berkata:



"Sokongan anda terus menjadi sangat penting. Dengan populasi menua dan lebih ramai kanak-kanak dikenal pasti mempunyai keperluan pembangunan, kerja dilaksanakan agensi khidmat sosial seperti SPD akan menjadi lebih kritikal.



"Tetapi, ia akan mengambil lebih daripada hanya pemerintah atau mana-mana agensi khidmat sosial untuk meningkatkan kehidupan golongan lemah dan kurang bernasib baik.



"Kerjasama kukuh yang memanfaatkan kekuatan dan sumber kolektif adalah kunci dalam mengatasi cabaran masyarakat dan mencipta hasil yang lebih baik untuk masyarakat."



Puan Halimah juga menggesa lebih ramai individu dan syarikat untuk menyumbang secara mampan supaya dapat juga memperkasakan badan amal mengatur dan menstruktur program mereka untuk tempoh jangka panjang.



Ia juga akan memberi mereka jaminan terhadap sokongan berterusan daripada masyarakat.



"Melebihi tanggungjawab sosial korporat, ia masuk akal daripada sudut perniagaan untuk perniagaan memulakan sumbangan mampan.



"Ia meningkatkan imej jenama, menjana perasaan muhibah dalam kalangan pelanggan dan pihak berkepentingan, menarik bakat dan membina budaya organisasi yang kukuh," kata beliau.



Puan Halimah menambah, syarikat dan individu juga mesti peka dalam memilih siapa yang hendak diberi, supaya mereka tahu dana mereka akan digunakan secara bertanggungjawab dan berkesan.



"Dengan pandemik global dan iklim geopolitik memberi kesan ketara kepada kehidupan sejak kebelakangan ini, kita telah melihat bagaimana adalah penting bagi setiap orang dalam masyarakat untuk tampil ke hadapan dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan sebagai satu usaha seluruh masyarakat," ujar beliau.



"Melebihi kesan yang dibawa kepada benefisiari, sumbangan anda akan turut memberi inspirasi kepada generasi kita dan yang pada masa akan datang untuk memainkan peranan mereka untuk membina masyarakat yang kita inginkan," tambahnya.




"Sokongan anda terus menjadi sangat penting. Dengan populasi menua dan lebih ramai kanak-kanak dikenal pasti mempunyai keperluan pembangunan, kerja dilaksanakan agensi khidmat sosial seperti SPD akan menjadi lebih kritikal. Tetapi, ia akan mengambil lebih daripada hanya pemerintah atau mana-mana agensi khidmat sosial untuk meningkatkan kehidupan golongan lemah dan kurang bernasib baik.

Kerjasama kukuh yang memanfaatkan kekuatan dan sumber kolektif adalah kunci dalam mengatasi cabaran masyarakat dan mencipta hasil yang lebih baik untuk masyarakat."

- Presiden Halimah Yacob.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >