Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Romania diberi sambutan istiadat di Istana

Mar 10, 2023 | 09:25 PM



PRESIDEN Romania, Encik Klaus Werner Iohannis, menerima sambutan istiadat di Istana pagi Jumaat, dan kemudiannya menemui Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.


Presiden Iohannis dan Wanita Pertama, Cik Carmen Iohannis, juga mempunyai hibrid orkid baru, Dendrobium Carmen Iohannis, dinamakan sempena mereka.


Mereka juga menghadiri jamuan negara yang dihoskan Presiden Halimah dan Encik Mohamed Abdullah Alhabshee.


Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Jumaat, dalam pertemuan mereka, Presiden Halimah dan Presiden Iohannis mengesahkan hubungan baik dan lama antara Singapura dengan Romania.


Mereka berharap untuk meneruskan kerjasama cemerlang dua negara di forum antarabangsa.


Mereka juga membincangkan pelbagai isu kepentingan bersama, termasuk tenaga boleh diperbaharui, perubahan iklim, cara untuk meneruskan kerjasama ekonomi dan keselamatan siber, serta  membangun hubungan antara rakyat yang lebih erat melalui pelancongan.


Kedua-dua presiden juga bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa.


Dalam pertemuan mereka pula, Presiden Iohannis dan PM Lee mengalu-alukan pengukuhan hubungan dua hala, dan membincangkan cara mempertingkat bidang kerjasama sedia ada seperti perdagangan dan pelaburan sambil meneroka kerjasama dalam bidang baru muncul seperti keselamatan siber.


Mereka melahirkan keyakinan bahawa lawatan itu akan meningkatkan lagi persahabatan dan kerjasama antara Singapura dengan Romania dan berharap untuk mengadakan lebih banyak pertukaran di semua peringkat pemerintah pada masa depan.


Presiden Iohannis dijadual berlepas dari Singapura pada Ahad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >