PRESIDEN Sri Lanka, Encik Gotabaya Rajapaksa, yang melarikan diri dari negaranya yang dilanda krisis politik dan ekonomi di tengah-tengah bantahan antipemerintah, menaiki penerbangan ke Singapura dari Maldives hari ini (14 Julai).
Difahamkan, beliau telah meletak jawatan.


Beliau dikatakan tiba dengan penerbangan Saudia yang mendarat di Lapangan Terbang Changi pada 7.17 malam tadi.
Namun, tidak jelas berapa lama Encik Rajapaksa akan berada di Singapura atau sekiranya beliau akan menuju ke destinasi lain selepas ini.
Sebelum ini, akhbar Sri Lanka Daily Mirror melaporkan Encik Rajapaksa tidak menaiki penerbangan Singapore Airlines yang dikatakan sepatutnya membawanya ke Singapura lewat semalam kerana beliau gementar untuk terbang bersama penumpang awam.